Sunday, October 11, 2009

adik2 Solehah yg membesar! :)


alhamdulillah.. after about 10 months tak jumpa adik2 Solehah, hari ini saya berpeluang bertemu mereka lagi... :) syukur pada Allah atas kelapangan yang diberi...

-adik2 Solehah, selamat hari raya!-

dari rumah Nabia, saya singgah ke rumah Solehah sebelum bergerak ke Semenyih untuk ke wedding abang Maliza. sebelum ke sana, saya call dahulu. takut juga, dalam bulan syawal ni, pasti banyak aje program yang diatur utk adik2 ni. seperti lawatan sebelum ini (Dec 2008), mereka pergi berkelah. jadi hanya berkesempatan jumpa bbrp org sahaja, adik2 yg kecil yg x dpt dibawa..
.
sampai di sana dalam pukul 11 lbh. rupa2nya, ada lawatan drp students UM. penuh rumah tu. tetapi, ketika itu, mereka telah bersiap2 utk pulang. bila mereka beredar, barulah nampak muka2 adik2 kecil ni.

tetapi, mereka sebenarnya bukan lagi 'kecil'. adik pertama yg menyambut saya adalah Syafiq. tanya syafiq, kenal akak lg x? 'kenal, tp x ingat nama. apa nama akak?' :p kemudian, kelihatan amin, hisham, fairuz dan lain2... ketika dtg bulan 12, saya x jumpa mereka, kerana mereka pergi picnic... jadi, mungkin dalam setahun lbh jg x jumpa mereka... dan dlm tempoh setahun ni, saya lihat, mereka membesar! meninggi!
bahagia melihat adik2 ni membesar... mereka kelihatan lebih bertanggungjawab.

Hisyam, yg dulunya selalu aje berebut barang dgn adik2 lain.. kini, dia dilihat pandai utk mengalah, bertolak ansur. :)

fairuz, amin, zul... first time jumpa dulu, mereka suka ber'gaduh'. bertinju..sakit badan2 ketika itu. tudung pun habis ditarik.. (mujur masa tu, hanya saya yuni dan adik2 aje) tetapi hari ini, mereka x lagi mcm tu. mendengar kata... jika dulu, puas mak wan dan mak2 lain menjerit kpd mereka ini..

-amin, adik yg selalu back-up azi kalau azi kena 'buli' dgn adik2 lain.. :p thanx amin!-

kali ini, bila disuruh mengemas rumah, mengutip sampah yg mereka sendiri buat, mereka amat mudah melaksanakannya... :D bekerjasama mengemas... haih.. senang hati melihat perubahan mereka!
.

-tgk..adik2 kini sudah pandai bertanggungjawab! :)-

along... adik yang paling tua di situ.. kini dah tingkatan 2.. kejap aje masa berlalu... rasanya baru smlm bertanyakan along ttg persiapan dia menghadapi UPSR... kali ini, PMR pula menanti tahun hadapan... dan along, jika dahulu, mudah berasa hati, dan tidak begitu mengendahkan saya dan yuni... tetapi kali ini, dia ringan mulut utk berborak dgn saya... malah, dia yang terlebih dahulu menegur... "eh, mcm kenal.." :p along2... along sekarang dah ada handphone sendiri... katanya dia beli sendiri, hasil duit raya tahun lepas... ditanya mana dpt duit beli topup, katanya dikumpulnya duit belanja sekolah... alhamdulillah, dah nampak along makin besar dan makin matang insyaAllah... :)


-rajin Along susun kasut/selipar.. :p-

siti solehah... dia tiada di rumah... ikut mak wan ke program anjuran JAWI kalau x silap...

-gambar dr arkib azi.. masa nih wereka masih di rumah lama-


aiman... si kecil yang lincah dan petah bercakap tu is no longer at rumah Solehah.. :( huhuhu... kecomelan aiman telah memikat hati satu keluarga utk mengambilnya sebagai anak angkat.. alhamdulillah... good for u aiman! moga menjadi anak yg soleh! :)


mmg terasa spt ada yg kurang tanpa aiman dlm rumah tersebut... tetapi, aiman diganti dengan shidi... jika dahulu, shidi masih kecil dan hanya berada di dlm buaian most of the time...tp skrg dah pandai bjalan... spt aiman, di usia 2 tahun (kot..), kemanjaan shidi terserlah. sepanjang masa dia berkepit aje dgn saya... :) adik2 di usia begini, sesungguhnya mereka memang dahagakan kasih sayang..
-shidi...kecil lg masa nih...-
.
-hari ni shidi dah besar... dah pandai main hp.. nak dgr lagu ape ntah dr handset akak nih.. :p-

dan seperti biasa jg, mak imah hanya akan ingat saya sbg kawan ayuni... ehehehe... x pernah2 nak ingat nama saya ye mak imah... :p tapi xpe, itu x penting.. ermm..menunggu yuni blk utk sama2 melawat mereka lagi insyaAllah.. jika ada masa

itulah serba sedikit kisah mereka... spt seorg ibu yg gembira melihat anak2 mereka membesar, begitulah juga saya... gembira melihat adik2 solehah ini.... makin hensem dan lawa, makin bertanggungjawab, makin pandai mengurus diri sendiri... alhamdulillah..
ntah bila akak akan melawat adik2 lagi... tetapi insyaAllah, doa kak azi, moga adik2 semua menjadi anak2 yg soleh dan solehah!

Sunday, October 4, 2009

Luahan hati

.
post ini hanyalah sekadar luahan hati seorg hamba Allah yang mempunyai emosi dan kerana dia amat amat menyayangi sahabat2nya...

kenyataannya, azi mmg sedih atas kelewatan mengetahui berita pernikahan sahabatku, shikin... terkilan, sedih, gembira... perasaan itu bercampur baur... kisah shikin, telah membuatkan air mata ni mengalir sbyk 2 kali... at this moment.. (ketika chatting ngan shikin) dan tangisan gembira, apabila melihat senyuman2 manis dan bahagia shikin melalui gambar2 pernikahan shikin and ali semalam... wpun sedih kerana lambat tahu, but i am actually very happy for u shikin!!!! ~mungkin salah sendiri kerana dah jarang update cerita dgn shikin.. :( moga chatting kali ini dapat menenangkan hati ini.. insyaAllah ^_^ ~

sahabat-sahabatku yang lain.... terutamanya mereka yang telah banyak share perkara gembira dan sedih bersama2... kisah2 peribadi etc... janganlah ada antara kalian yang buat diri ini merasa sedih lagi... :) mungkin, saya bukanlah sesiapa bagi kalian semua... mungkin diri ini je yg terlebih perasan.. :p tetapi, untuk hari2 penting dalam hidup kalian, saya mohon, khabarkan lah berita.. tidak kira di mana sahaja kalian berada... dan walaupun tidak dijemput utk meraikannya, tidak apa... sekurang2nya, sahabat kalian ini, dapat menadah tangan ke hadrat Ilahi, mendoakan utk kebahagiaan kalian... itu sudah cukup... mmg itu yang saya harapkan... kebahagiaan dunia akhirat utk orang2 di sekeliling ku... ibu bapa, keluarga, dan kalian... :) saudara2 seislamku! :D
.
nota: hatiku sudah tenang mendengar khabar drp shikin.. :) alhamdulillah..thank you shikin for the explanation! dah x sedih lagi... :D moga bahagia sampai ke syurga! (^.^)

gembira

.
segala puji-pujian ke hadrat Ilahi...

1) rasa bersyukur kerana 1-2 bulan yg lepas, mendapat berita drp seorang pesakit yang saya temui ketika Gynaecology posting, yang telah keguguran sebanyak 4 kali dan pada ketika itu, terpaksa admit ward kerana kencing manis... betapa besarnya dugaan yg Allah bagi kepada akak ni... tetapi alhamdulillah, beliau menyampaikan berita bahawa kandungannya pada ketika itu sudah 30+ weeks.. dan baru2 ini, dalam bulan ramadhan, sekali lagi saya mendapat berita, beliau telah selamat melahirkan anak perempuan! gembira sgt2 buat akak ni... :) janjinya, jika beliau bersalin ketika saya masih di Seremban, saya akan pergi melawat... tetapi sayangnya, saya telah berada di batu pahat ketika itu... apa pun, tahniah akak! kesabaran akak dan suami selama ini telah dibalas Allah dgn anugerah yg amat bernilai! (",)

2) alhamdulillah, saya telah berada di Batu Pahat sekarang utk meneruskan perjuangan dalam pengajian perubatan ini bagi semester 10. syukur kerana Allah telah memberikan kpd saya nikmat lulus EOS 9 exam. moga Allah memberkati kedatangan ke batu Pahat ini dan memudahkan urusan saya dan rakan2 di sini... dan tak lupa, rakan2 di Seremban juga.. insyaAllah

3) dan alhamdulillah, cuti raya kali ini membawa seribu satu makna buat diri saya... :) wpun dalam hari2 yg berlalu, 2-3 kali hantar kereta ke workshop, dan membawa peristiwa tak diingini di kemudian hari, tetapi diharapkan cuti raya ini akan membawa kelainan buat ramadhan dan raya saya pada tahun hadapan... :D insyaAllah, jika ALLAH panjangkan umur utk bertemu lagi dengan ramadhan 1431H!

4) alhamdulillah juga, sahabat2ku, NOR ASHIKIN ABIDIN dan ALI TAYYIB AZIZAN telah selamat diijabkabulkan pada 3 Syawal 1430H. congratulations! walaupun berita ini diketahui agak lewat, tetapi saya gembira kerana akhirnya, segala rintangan dpt ditempuhi.. :D -jujurnya shikin, memang agak sedih kerana kegembiraan yang dirasai, agak lewat... bukannya sebelum atau pada hari kalian diijabkabulkan... tetapi takpela...azi tetap gembira untuk shikin kerana berjaya tekadkan hati dgn keputusan yang dibuat! :) - akhirnya, tekaan semua org yg kata shikin akan kahwin dulu sudah menjadi realiti.. :p

Barakallahu lakuma, wa barak ‘alaikuma wa jam’a bainakuma fil khair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa’ul islam wal muslimin