Showing posts with label Palestin. Show all posts
Showing posts with label Palestin. Show all posts

Wednesday, April 15, 2009

5 faktor Gaza diserang???

.
Selepas menulis malam tadi, saya teringat...

selepas mengemukakan soalan, "kenapa Gaza diserang?" Dr ZZ ada menyuruh students memberi 5 sebab..

err.. jadi saya kira, soalan Dr ZZ semalam adalah lebih kepada faktor2 'tersirat' Israel... daripada artikel aman palestin, kita sekarang tahu, Israel menggunakan alasan keengganan Hamas utk meneruskan perjanjian damai... itu hanyalah sekadar ALASAN mereka...

dan faktor2 tersembunyi???

dan Dr ZZ sebenarnya ada memberi satu reason Israel menyerang Gaza.. iaitu ingin mengalihkan tumpuan umat Islam drpd Masjid al-Aqsa..

reasons lain????

entah... saya pun tak pasti... nampaknya kena buat 'homework', mencari jawapan2nya... or hanya menunggu perkongsian dr Dr ZZ pada next study circle session??? atau ada sahabat2 yg tahu jawapan2nya??? boleh share.. :D

allahu'alam..


nota: dalam duk baca artikels di palestinkini.info, terbaca satu artikel ini, ditulis oleh Ustaz Mazlee Malik... menyarankan kita semua menggunakan kuasa facebook dalam isu Palestin. nak join? tekan sini. :)

Tuesday, April 14, 2009

kenapa Gaza diserang?

assalamu'alaikum wbt

Umum mengetahui bahawa pihak Israel telah melancarkan serangan terhadap Rakyat Palestin pada 27 Disember 2008 yg lalu... dan umum sedar bahawa serangan tersebut telah membunuh lebih daripada 1300 penduduk, yg kebanyakannya terdiri drp kanak-kanak, wanita dan orang tua. Rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam menghadapi isu ini. pelbagai tabung diwujudkan utk membantu rakyat Palestin. dan isu BOIKOT BARANG-BARANG ISRAEL ditekankan sekali lagi..

namun, setelah seketika, isu ini kembali lenyap. Rakyat Malaysia sekarang lebih menumpukan fokus kepada politik negara... lebih banyak bercerita tentang pilihanraya2 kecil di beberapa tempat...

dan tidak dinafikan... itulah rakyat malaysia... isu yg timbul hanya hangat utk seketika.. dan lama kelamaan, ia lenyap begitu sahaja... ataupun...adakah ini mmg sifat dan lumrah manusia???

alhamdulillah... IMU Muslim students dapat berkumpul lagi pada petang tadi utk study circle... ~tahniah kpd yg hadir kerana anda berjaya melawan kepenatan seharian di hospital dan di uni, utk bersama2 mencari ilmu :) yg tak hadir, takpe... next time tetap bleh dtg.. =D ~ kali ini, Dr ZZ yg baru pulang daripada trip beliau ke middle east countries, memberi perkongsian... isu yg sama.. tetapi di'update'... diulas dgn cara yg berbeza.... dan manusia memang sifatnya mudah lupa... jadi ulangan bagi isu yg sama bukanlah satu kerugian... tetapi manfaat yg diperolehi dan dpt mengukur, sejauh mana kami 'alert' dgn isu ini dan sebanyak mana info mengenai negara Palestin ini kekal dalam minda...

anyway, di akhir talk, Dr ZZ bertanya, 'mengapa Gaza diserang?'

saya terdiam... kali ini saya tiada jawapan yg pasti... menjawab dgn sekadar bisik2 yg jawapannya hanyalah berdasarkan tekaan diri sendiri...

iya.. tiba2 rasa malu dgn diri sendiri... mengetahui tentang serangan Israel ini terhadap rakyat Palestin, tetapi gagal mengetahui sebab musababnya... sedangkan ia sepatutnya menjadi perkara asas utk memahami sesuatu perkara... spt belajar medic, perlu mengetahui 'pathophysiology atau causes' sesuatu disease itu terlebih dahulu sebelum memahami bagaimana disease tersebut boleh menyebabkan symptoms itu ini...

pastinya, saya tidak cuba utk mengambil tahu... kerana salah satu sebabnya menganggap diri ini konon2nya telah tahu...bahawa Israel mmg mahu mengusir rakyat Palestin drp negara mereka sendiri dan mereka sentiasa akan cuba mencari jalan dan alasan utk menyerang rakyat Palestin...

itu silap saya... kerana tidak cuba mencari 'alasan' yg digunakan kali ini... sebab musabab serangan kali ini... -dan Dr ZZ tidak memberi jwpn kepada kami, memandangkan masa tak cukup dan katanya, insyaAllah dikongsi di lain hari-

dan kerana itu, malam ini, saya mencari sebab musababnya... dan di laman web aman palestin, saya bertemu jawapan... :)

dan di bawah ini adalah antara petikan artikel tersebut... dan sesiapa berminat utk membaca keseluruhan artikel atau artikel2 lain, boleh visit website itu sendiri..

---------------------------------------------------------------------------------------

Awal 2008 menyaksikan siri pembunuhan berterusan oleh rejim Zionis. Dalam tempoh tiga bulan(Jan, Feb dan Mac 2008) seramai 300 orang rakyat Palestin gugur syahid. 112 daripadanya adalah dari Gaza. Pada bulan Jun 2008, bermula perjanjian damai yang ditaja oleh Mesir dengan sokongan FATAH dan Israel. Pihak Zionis bersetuju menghentikan semua bentuk serangan ketenteraan di Gaza selama 6 bulan mengikut yang disepakati oleh pihak Palestin yang bermesyuarat di Kaherah.

18 Disember 2008:

Pihak Mesir dengan sokongan Fatah dan Israel mahu terus menyambung tempoh perjanjian damai namun kerajaan Palestin yang sah di bawah pimpinan HAMAS tidak bersetuju kerana beberapa sebab antaranya:
1) Selama enam bulam tempoh perjanjian damai(Jun – Dis 2008), sekatan ke atas Gaza masih berterusan dan sempadan terus ditutup sedangkan mengikut perjanjian semua sekatan akan dibuka dalam tempoh genjatan.
2) Serangan ke atas penduduk Palestin terus dilancarkan oleh Israel. Ramai rakyat Palestin mati dalam tempoh perjanjian damai tersebut.
3) perjanjian damai tidak menguntungkan rakyat Palestin dan hanya memberi keamanan kepada Israel yang sentiasa mencabuli perjanjian tersebut.
4) perjanjian damai tajaan Mesir dengan sokongan Fatah dan Israel hanyalah satu helah untuk melemahkan kerajaan HAMAS apabila sempadan terus ditutup dan serangan masih dilancarkan ke Gaza dan Tebing Barat.

Pemimpin HAMAS mengumumkan tamatnya perjanjian damai. Keesokan harinya bermula serangan rejim Zionis ke atas Gaza.

27 Disember 2008:
Israel melancarkan serangan udara yang membunuh 229 penduduk Gaza.

28 Disember 2008:
Serangan udara Israel memusnahkan bangunan makmal di Universiti Islam Gaza yang merupakan simbol kerajaan HAMAS.

1 Januari 2009:
Serangan bom Israel membunuh pemimpin kanan HAMAS, Nizar Rayan di Jabalia, Gaza .

2 Januari 2008:
Serangan udara ke atas masjid menyebabkan 11 orang
rakyat Palestin syahid.


lanjutan rentetan peristiwa di amanpalestin.com

moga bermanfaat... :)

TQ Dr ZZ

Thursday, January 29, 2009

Update di Kemaman

.
assalamu'alaikum wbt

dah lama x update... :) alhamdulillah saya sihat... baru je hbs 1st week of my selective posting di hospital kemaman... initially i requested for HTAA, Kuantan but due to some problems, i had to change... lg2,susahnya nak deal dgn org2 yg berkenaan to get help... :( i couldnt remember how many phone calls i need to make to solve the probs.. i knew if i waited for them meaning i wouldnt be able to complete my selective posting.. sbb tuh i decided to apply to Hospital Kemaman...it was a week b4 the date i supposed to start my selective... alhamdulillah, Allah permudahkan..sekejap aje dah dpt positive reply... :D thanx to FARAH sbb tolong collect dan pos kan surat!!! i owe u one!!!

well, dah kembali ke hospital nih, mmg rasa banyaknye nk kena study blk!!!!!!!!! currently i'm doing general medicine posting, so byk nk kena revise... lg2.dah almost a year tinggalkan medical, byk dah lupa.... medical specialist di hosp kemaman ni, merangkap my supervisor utk GM posting ni byk jg bertanya... huhuhuhu... but yela, itu mksdnya she cares about me... and MO di bwhnya pun byk tlg... sy x dpt jwb, dia bg hint.... n bila tanya soalan, he answers me... ahamdulillah... and i'm grateful to ALLAH coz these 2 nice persons la yg merawat ayah saya yg masuk hospital baru2 ni...

and mungkin itu jg adalah hikmahnya saya x dpt buat selective di Kuantan, but only in Kemaman.... at least dpt tolong hantar/ambil adik2 sekolah sementara ayah x sihat ni... alhamdulilah.... btw, do pray for my dad's health... hrp2 dia akan fully recover... now di rumah he is still complaining of headache, dyspepsia, lethargy.... ermm...maybe side effects of the medications... maybe, or maybe hanyalah mainan psychology... yela, dah pencen nih la nk dtg sakitnya.... mungkin sbb xde kerja jadi bila sakit byk fikir...dlu sakit2 pun, tp bila buat keje cepat lupa... ditambah lagi bila dah pencen, n anak2 ramai lg yg bersekolah jadi stress... no monthly income as before....(ok ok, duit pencen n duit sewa rumah2 tu ada, but of coz ditambah x sebyk duit gaji sblm ni) itulah mak ayah, walaupun savings ada, tp still rs x senang hati... they think ahead... wpun savings yg ada xkan hbs in short term, tp selagi anak2 semua x hbs lagi ditanggung, selagi tu mereka risau... huhuhuhu... jadi doakanlah, saya cepat2 hbs blaja! insyaAllah another one year...ameen... ~azi, berusaha!~

ok, bcak to my stories, so 2 weeks buat medical, another 2 weeks i choose to do obstetric.... hurmm... i didnt bring back any of my obstetric book nih...camne ye?? :p tawakkal je la...

ermm...for my one month elective posting lak previously, i reall had good experiences and knowledge.. 1st time diberi peluang utk buat sendiri ultrasound scan oleh MHO KK Kuala Kemaman.... selama nih observe je... tgk cam senang..but bila buat sdri, ha... baru tau, xde senang la spt yg difikir2kan... at least utk 1st timer! :p buat kat +/- 10 org pun still rs x cukup experience lg..... byk lg knowledge yg sy dpt duk 3 minggu di KK Kuala Kemaman... :D

and the final week, i attached to Unit Inspektorat, di Pej Kesihatan Daerah (PKD).... one week with full of excitement.... free foods, pegi tempat2 yg org x pegi.... join Ops Tahun Baru China di pasaraya2 di kemaman ~ cek expired date etc... pemeriksaan rumah utk reported dengue case, inspect kapal under kesihatan pelabuhan dan mcm2 lagi.... dgn PKD, saya dah pegi ke tempat2 di Kemaman ni yg dah bertahun x pegi... :P and sy juz discover, di kemaman ni rupa2nya ada jgk orang Asli ~hurmm.. insyaAllah later sy upload gambar2~

okla... rasanya itu dulu kot.... lastly, saya ingin ingatkan diri saya dan shbt2 muslims sekalian, DO PRAY FOR OUR BROTHERS AND SISTERS IN PALESTIN.... wpun Israel telah isytiharkan genjatan senjata, still kita x dpt menjamin keselamatan dan kesejahteraan saudara2 kita di sana sehinggalah yahudi Zionis ni give up... doakan hari itu akan dtg!

assalamualaikum wbt

Friday, August 8, 2008

Malam Air Mata Palestin

dan di kala bz menghadapi exam... aku juga mengangkat tanganku... berdoa moga aku pada masa yg sama tak mengabaikan tanggungjawab utk terus berusaha dan istiqamah dlm jalan tarbiyah dan dakwah ini... hurmm.. mudah2an... moga kedua2nya seimbang! :)

kerana itu, di sini.. ingin ku hebah2kan... kpd sesapa yg berada di seremban or berdekatan dgn seremban, yg belum mdpt lagi berita ini....

MALAM AIR MATA PALESTIN

JUMAAT, 8HB OGOS 2008
DI PUSAT DAKWAH ISLAMIAH PAROI, NEGERI SEMBILAN

2.00-10.00pm : pameran dunia dan umat Islam
5.00-6.30pm : nasyid sekolah-sekolah jemputan
8.00-10.30pm: pidato Palestin, Tayangan Multimedia, Nasyid jeputan, Nazrey Johani

anjuran Majlis Agama Islam N.9 dan Pusat Dakwah Islamiah bersama Ikatan Muslimin Malaysa N.9

semua dijemput hadir! masuk percuma!

jom sama2 memahami ISU PALESTIN! =D

**************************************************************
dan aku juga berdoa, moga exam ini dpt membantu aku, rakan2ku dan senior2 ku utk menjadi doktor2 muslim yg competent yg diredhai ALLAH SWT... dan menjadikan cita2/kerja seorg doktor ini sbg satu wasilah utk menyempurnakan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah ALLAH SWT.. bukannya menjadikannya sbg satu matlamat! kerana matlamat sebenar seseorg muslim itu adalah keredhaan ALLAH! :) ~sama2 kita fahami dan jadikannya sbg pegangan! (^_^)~

Thursday, July 10, 2008

try not to cry

was 'lepak'ing in library again today... for research purposes... waiting for an email reply from prof CSK, in case if he wants me to change anything, then i could juz do it on the spot coz i can only get SPSS software from IMU's computers...

waiting and studying at the same time... while praying hard i dont have to make any big changes to our research results.... ~or else, i would be spending another night at IMU library today~

unfortunately, didnt get any reply... dlm hati, i was like, 'wut if prof only reply by tonight and i need to do changes??? wut will i do then???' hurmmm...

bila dah penat belajar, n i pun started to feel sleepy, so i went to read newspaper... and i read this one section dlm berita harian bout "dakwah dlm hip hop" and the big heading drew my attention... so i read it till the end... the author introduced to the readers 2 hip hop group... "the soldier of ALLAH" and "Outlandish"

and i juz realised, this "Outlandish" is the group yg nyanyi "i'm calling u"... a song that i was first introduced by fatin... -sesapa nak dgr bleh aje ke frenster cik fatin kita, or di frens list saya, fatin is known as bankyoshilang-

besides that song, there was another song, "try not to cry".. i was eager to listen to it as it was described as a song that dedicated to all children who are suffering from heartless people...

so i downloaded it tadi... :D and after listening it to it for a few times, i admit, i fall in love with this song! :D



[owhh..my laptop is being hijacked by a 'very mean' virus, which does not allow me to access youtube, AT ALL!... so cant post the video here.. :( ~ -nway, sesapa tau camne nak treat this virus????- ]

update on 080808-
alhamdulillah..laptop azi skrg dah bleh access youtube blk!!! :)) ~senyum smp ke telinga kerana gembira~ thanx to baiti sbb introduce kan pada a new anti-virus software!!! :)
______________________________________________________

to my younger brothers and sisters... TRY NOT TO CRY! Our du'ahs are with u!

Saturday, June 7, 2008

kanak2 dibunuh

sedih apb membaca... "Seorang kanak-kanak perempuan Palestin berusia empat tahun terbunuh dan 10 penduduk cedera dalam serangan udara Israel hari ini.."

paragraph pertama dlm Utusan Online bhgn Luar Negara (070608).. kejam sungguh! dan reason tentera Israel berbuat demikian, adalah kerana nak menyerang balas pejuang2 Palestin yg dikatakan telah menyebabkan seorang penduduk Yahudi terbunuh dalam serangan mortar oleh pihak pejuang Palestin sebelum itu...

Yg terbunuh dalam serangan itu adalah seorg lelaki Yahudi yg berusia 52 tahun... tetapi kenapakah mereka amat kejam sehingga sanggup membalas dendam terhadap KANAK2 PEREMPUAN yg hanya berusia 4 TAHUN??? :(

Islam melarang umatnya membunuh org2 tua, perempuan, kanak2 dan org2 yg berlindung di rumah ibadah... tetapi...rejim Yahudi Zionis ini, sungguh tidak berperikemanusiaan... dan dengan angkuhnya Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert berkata, " Kami sendiri tidak suka dengan pilihan ketenteraan ini tetapi kita tidak takut kepada sesiapa"

Dan isu ini bukanlah isu umat Islam semata-mata... tetapi nilai PERIKEMANUSIAAN a.k.a HUMANITY! sesiapa sahaja di dunia ini, tanpa mengira bangsa dan agama dan dapat berfikir dgn waras, dapat menilai pembunuhan terhadap kanak2 adalah satu kekejaman yg melampau!

moga rejim yg kejam ini akan mendapat balasan setimpal satu hari nnt!

Tuesday, May 20, 2008

jom melabur!

haih... for the second time ilang lg kunci2 umah etc.... :( di seremban! first time dulu, masa awal2 dtg sini, dlm bulan 9 kot... n, second time, today!

Yg sedihnya, keychain utk dua2 kunci2 nih, adalah pemberian org... dulu, keychain nye was an eiffel tower...hilang after almost 2 1/2 years i used it.. mmg sedih! :( skrg, keychain berukiran ka'abah plak hilang... dr tanah 'arab... siap dipahat lg my name atas tuh dlm bahasa jawi... [wpun salah ejaan, tapi tetap dihargai... ehehe.. thanx nyer si pemberi]

ermm..klu la kunci2 kali nih x dijumpai, ~nway, i'm still hoping n praying hard yg kunci tuh adala mana2... maybe di clinic psychiatry??? ameen~ ermm..klu x jumpa, i think this time i'll use my strawberry keychain.. hehehe.. pemberian Khung Ying, my current housemate..

hurmm... itu adalah antara kisah2 musibah and dugaan yg menimpa diriku sepanjang di seremban! but dun worry, i can manage it! insyaALLAH... =D


tapi di sini saya nak mengajak rakan2 sekalian... sudahkah kita menjalankan tanggungjawab sbg seorg manusia? as all of us know, baru2 nih, negara Myanmar dilanda taufan Nargis, and tak lama lepas tu, negara China plak dilanda gempa bumi... huhuhu... ~byk sungguh bencana alam berlaku lately... tanda2 kiamat sudah dekat!~ n tak dilupakan jg, 15th May 2008 ari tuh, adalah genap 60 tahun Nakbah (malapetaka) bg rakyat Palestin....

ermm..jadi.. adakah kita dah buat sesuatu dlm tempoh masa nih??? saya menggesa, walaupun RM 0.10, tapi hulurkanlah bantuan kita bg mangsa2 bencana n kekejaman nih... and bg rakyat2 palestin, selain derma tuh, cubalah kita buat apa yg mmg dah selalu sgt dibincangkan.. cthnya, boikot barang2 ISRAEL! n juz nak share apa yg kawan kita, Farah dah buat... during our 1 week holiday ari tuh, dia ada ckp, she printed out list of brg2 Israel utk diboikot, and nawaitu nye, nak fotostat and bg kat sedara mara satu kg... :D alhamdulillah (baca dgn nada mak adif dlm Dunia Baru tuh.. hehehe) wpun nampak simple, tapi sebenarnya amat besar usaha farah ini di sisi ALLAH.. insyaALLAH... =D

so, apa lagi, jom ramai2 derma... tadi shopping kat Jusco, ada nampak pihak Jusco pun buat fund utk mangsa2 taufan Nargis and gempa bumi nih... =D tak pun, sapa yg ada kredit extra tuh, ikhlaskan niat type DERMA (1-10) ke 32776, utk taufan Nargis, or TABUNG (2,5,10) ke 32776 or 33533 utk Gempa Bumi di China.. :D

jom! kita sesama tambah pelaburan kita utk AHKIRAT!

Saturday, April 26, 2008

Gaza semakin parah dihukum Israel

Di Manakah peranan kita???


apa yang boleh kita buat utk membantu mereka??? fikir2kan..!!!

* Sumbangan ke akaun Aman Palestin Berhad:

- Bank Islam Malaysia Bhd :: 12029010047880

- Maybank Malaysia Bhd :: 562263010787

Gaza semakin parah dihukum Israel

BANDAR GAZA 25 April - Tahap kehidupan penduduk-penduduk di Genting Gaza terus bertambah buruk ketika regim Israel bertindak menyekat bekalan bahan bakar dalam apa yang dilihat sebagai satu bentuk hukuman menyeluruh ke atas penduduk awam.

Menurut pertubuhan kemanusiaan, tindakan yang tidak membenarkan bekalan bahan bakar yang secukupnya memasuki Gaza adalah sekatan yang mencabul Konvensyen Geneva.

Agensi Bantuan dan Kerja Awam PBB (UNRWA) berkata, sektor kesihatan Gaza paling teruk terjejas apabila 20 peratus ambulans tidak lagi beroperasi dan 60 peratus lagi mempunyai bahan bakar cukup untuk operasi tidak sampai seminggu.

Pungutan sampah ditelah dihentikan di separuh daripada kawasan perbandaran Gaza manakala loji rawatan air membuang 60,000 meter padu kumbahan tanpa dirawat ke Laut Mediterranean setiap hari, lapor agensi itu.

UNRWA telah menghentikan operasi pengagihan makanan kepada 650,000 penduduk di Genting Gaza semalam apabila tidak lagi mempunyai bekalan bahan bakar untuk menggerakkan trak-trak bantuan.

Jurucakap agensi Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu, Agensi Bantuan dan Kerja Awam PBB (UNRWA), Chris Gunness memberi amaran kekurangan bekalan keperluan di wilayah itu boleh merosakkan proses damai dengan Israel.

"Penduduk yang marah dan kelaparan tidak berminat untuk memajukan proses damai dan mereka juga tidak akan memajukan kepentingan keselamatan Israel," kata beliau.

"Terdapat proses damai yang hendak dijalankan dan masalah seperti ini menyukarkan lagi keadaan," kata Gunness.

Hamas yang menguasai Genting Gaza mencadangkan gencatan senjata enam bulan yang kemudian boleh diperluaskan ke Tebing Barat dengan syarat Israel menarik balik sekatan terhadap Gaza.

Israel menolak cadangan itu sebagai "tidak serius" dengan alasan Hamas terus menyerang Israel dan meningkatkan keupayaan ketenteraannya.

Pegawai PBB itu memberi amaran, kekurangan bahan bakar boleh memburukkan lagi situasi kemanusiaan di Gaza.

Majoriti 1.5 juta penduduk wilayah itu bergantung hidup kepada bantuan sedangkan Israel terus mengenakan sekatan yang bertujuan untuk memaksa pejuang Palestin menghentikan serangan roket ke selatan Israel.

"Jika sekatan berlarutan, akibat yang sangat buruk bakal menimpa rakyat Palestin yang banyak bergantung kepada bantuan UNRWA," kata jurucakap agensi itu di Gaza, Adnan Abu Hasna.

Pegawai PBB berkata, mereka sedang berunding dengan Israel bagi mendapatkan bahan bakar yang sangat diperlukan bagi menyambung semula penghantaran bantuan.

"Setakat ini, tidak ada bahan bakar yang dihantar dan kami tidak tahu sama ada penghantaran akan dibuat," kata seorang pegawai PBB.

Wednesday, January 23, 2008

jom doakan utk saudara2 di Palestin!!!


ish..nape Israel kejam sgt2???

kenapa mereka sungguh TAK BERPERIKEMANUSIAAN langsung???

kenapa dan kenapa?????

btw sejak Jumaat lalu Israel telah menutup pintu masuk ke WILAYAH GAZA, PALESTIN sehingga menyebabkan 1.5 juta penduduk yang bergantung kepada bantuan luar masih terputus dari dunia luar. Ini adalah berikutan arahan Kabinet Israel yang konon2nya mahu mengekang serangan pejuang. (sungguh pengecut Israel ni kan??? mereka serang Palestin xpe, tapi bila Palestin 'serang' mereka, terus ditutup pintu2 masuk ke Palestin ni.. huhuhu)

jadi, akibat drp sekatan ini, rakyat Palestin kini sedang bergelap, kerana loji janakuasa tunggal yg beroperasi terpaksa ditutup berikutan kehabisan bahan bakar. Kilang-kilang roti turut menghentikan operasi berikutan ketiadaan bekalan tepung dan tenaga elektrik.

Menurut pegawai Kementerian Kesihatan, Dr. Moaiya Hassanain , tindakan menyekat penghantaran bahan api akan mencetuskan malapetaka kesihatan. kata beliau, “Kami hanya ada pilihan sama ada memotong bekalan elektrik untuk bayi di wad bersalin atau pesakit pembedahan jantung atau menghentikan kerja di bilik bedah.”

huhuhuhu... tidakkah mereka nih kejam??? kerana mereka, kesihatan rakyat Palestin menjadi pertaruhan..dan mereka mungkin terpaksa berlapar kerena kilang2 roti x dpt beroperasi....ish, mmg kejam!!!

ayuh sahabat2, kita doakan agar saudara2 kita di Palestin akan bebas daripada penderitaan mereka ini...!!!!

p/s: anyway, berita terkini drp utusan menyatakan yg sekatan ke atas Gaza ini akan dilonggarkan... harap2nya berita ini benar... ameen.