Sunday, October 11, 2009

adik2 Solehah yg membesar! :)


alhamdulillah.. after about 10 months tak jumpa adik2 Solehah, hari ini saya berpeluang bertemu mereka lagi... :) syukur pada Allah atas kelapangan yang diberi...

-adik2 Solehah, selamat hari raya!-

dari rumah Nabia, saya singgah ke rumah Solehah sebelum bergerak ke Semenyih untuk ke wedding abang Maliza. sebelum ke sana, saya call dahulu. takut juga, dalam bulan syawal ni, pasti banyak aje program yang diatur utk adik2 ni. seperti lawatan sebelum ini (Dec 2008), mereka pergi berkelah. jadi hanya berkesempatan jumpa bbrp org sahaja, adik2 yg kecil yg x dpt dibawa..
.
sampai di sana dalam pukul 11 lbh. rupa2nya, ada lawatan drp students UM. penuh rumah tu. tetapi, ketika itu, mereka telah bersiap2 utk pulang. bila mereka beredar, barulah nampak muka2 adik2 kecil ni.

tetapi, mereka sebenarnya bukan lagi 'kecil'. adik pertama yg menyambut saya adalah Syafiq. tanya syafiq, kenal akak lg x? 'kenal, tp x ingat nama. apa nama akak?' :p kemudian, kelihatan amin, hisham, fairuz dan lain2... ketika dtg bulan 12, saya x jumpa mereka, kerana mereka pergi picnic... jadi, mungkin dalam setahun lbh jg x jumpa mereka... dan dlm tempoh setahun ni, saya lihat, mereka membesar! meninggi!
bahagia melihat adik2 ni membesar... mereka kelihatan lebih bertanggungjawab.

Hisyam, yg dulunya selalu aje berebut barang dgn adik2 lain.. kini, dia dilihat pandai utk mengalah, bertolak ansur. :)

fairuz, amin, zul... first time jumpa dulu, mereka suka ber'gaduh'. bertinju..sakit badan2 ketika itu. tudung pun habis ditarik.. (mujur masa tu, hanya saya yuni dan adik2 aje) tetapi hari ini, mereka x lagi mcm tu. mendengar kata... jika dulu, puas mak wan dan mak2 lain menjerit kpd mereka ini..

-amin, adik yg selalu back-up azi kalau azi kena 'buli' dgn adik2 lain.. :p thanx amin!-

kali ini, bila disuruh mengemas rumah, mengutip sampah yg mereka sendiri buat, mereka amat mudah melaksanakannya... :D bekerjasama mengemas... haih.. senang hati melihat perubahan mereka!
.

-tgk..adik2 kini sudah pandai bertanggungjawab! :)-

along... adik yang paling tua di situ.. kini dah tingkatan 2.. kejap aje masa berlalu... rasanya baru smlm bertanyakan along ttg persiapan dia menghadapi UPSR... kali ini, PMR pula menanti tahun hadapan... dan along, jika dahulu, mudah berasa hati, dan tidak begitu mengendahkan saya dan yuni... tetapi kali ini, dia ringan mulut utk berborak dgn saya... malah, dia yang terlebih dahulu menegur... "eh, mcm kenal.." :p along2... along sekarang dah ada handphone sendiri... katanya dia beli sendiri, hasil duit raya tahun lepas... ditanya mana dpt duit beli topup, katanya dikumpulnya duit belanja sekolah... alhamdulillah, dah nampak along makin besar dan makin matang insyaAllah... :)


-rajin Along susun kasut/selipar.. :p-

siti solehah... dia tiada di rumah... ikut mak wan ke program anjuran JAWI kalau x silap...

-gambar dr arkib azi.. masa nih wereka masih di rumah lama-


aiman... si kecil yang lincah dan petah bercakap tu is no longer at rumah Solehah.. :( huhuhu... kecomelan aiman telah memikat hati satu keluarga utk mengambilnya sebagai anak angkat.. alhamdulillah... good for u aiman! moga menjadi anak yg soleh! :)


mmg terasa spt ada yg kurang tanpa aiman dlm rumah tersebut... tetapi, aiman diganti dengan shidi... jika dahulu, shidi masih kecil dan hanya berada di dlm buaian most of the time...tp skrg dah pandai bjalan... spt aiman, di usia 2 tahun (kot..), kemanjaan shidi terserlah. sepanjang masa dia berkepit aje dgn saya... :) adik2 di usia begini, sesungguhnya mereka memang dahagakan kasih sayang..
-shidi...kecil lg masa nih...-
.
-hari ni shidi dah besar... dah pandai main hp.. nak dgr lagu ape ntah dr handset akak nih.. :p-

dan seperti biasa jg, mak imah hanya akan ingat saya sbg kawan ayuni... ehehehe... x pernah2 nak ingat nama saya ye mak imah... :p tapi xpe, itu x penting.. ermm..menunggu yuni blk utk sama2 melawat mereka lagi insyaAllah.. jika ada masa

itulah serba sedikit kisah mereka... spt seorg ibu yg gembira melihat anak2 mereka membesar, begitulah juga saya... gembira melihat adik2 solehah ini.... makin hensem dan lawa, makin bertanggungjawab, makin pandai mengurus diri sendiri... alhamdulillah..
ntah bila akak akan melawat adik2 lagi... tetapi insyaAllah, doa kak azi, moga adik2 semua menjadi anak2 yg soleh dan solehah!

Sunday, October 4, 2009

Luahan hati

.
post ini hanyalah sekadar luahan hati seorg hamba Allah yang mempunyai emosi dan kerana dia amat amat menyayangi sahabat2nya...

kenyataannya, azi mmg sedih atas kelewatan mengetahui berita pernikahan sahabatku, shikin... terkilan, sedih, gembira... perasaan itu bercampur baur... kisah shikin, telah membuatkan air mata ni mengalir sbyk 2 kali... at this moment.. (ketika chatting ngan shikin) dan tangisan gembira, apabila melihat senyuman2 manis dan bahagia shikin melalui gambar2 pernikahan shikin and ali semalam... wpun sedih kerana lambat tahu, but i am actually very happy for u shikin!!!! ~mungkin salah sendiri kerana dah jarang update cerita dgn shikin.. :( moga chatting kali ini dapat menenangkan hati ini.. insyaAllah ^_^ ~

sahabat-sahabatku yang lain.... terutamanya mereka yang telah banyak share perkara gembira dan sedih bersama2... kisah2 peribadi etc... janganlah ada antara kalian yang buat diri ini merasa sedih lagi... :) mungkin, saya bukanlah sesiapa bagi kalian semua... mungkin diri ini je yg terlebih perasan.. :p tetapi, untuk hari2 penting dalam hidup kalian, saya mohon, khabarkan lah berita.. tidak kira di mana sahaja kalian berada... dan walaupun tidak dijemput utk meraikannya, tidak apa... sekurang2nya, sahabat kalian ini, dapat menadah tangan ke hadrat Ilahi, mendoakan utk kebahagiaan kalian... itu sudah cukup... mmg itu yang saya harapkan... kebahagiaan dunia akhirat utk orang2 di sekeliling ku... ibu bapa, keluarga, dan kalian... :) saudara2 seislamku! :D
.
nota: hatiku sudah tenang mendengar khabar drp shikin.. :) alhamdulillah..thank you shikin for the explanation! dah x sedih lagi... :D moga bahagia sampai ke syurga! (^.^)

gembira

.
segala puji-pujian ke hadrat Ilahi...

1) rasa bersyukur kerana 1-2 bulan yg lepas, mendapat berita drp seorang pesakit yang saya temui ketika Gynaecology posting, yang telah keguguran sebanyak 4 kali dan pada ketika itu, terpaksa admit ward kerana kencing manis... betapa besarnya dugaan yg Allah bagi kepada akak ni... tetapi alhamdulillah, beliau menyampaikan berita bahawa kandungannya pada ketika itu sudah 30+ weeks.. dan baru2 ini, dalam bulan ramadhan, sekali lagi saya mendapat berita, beliau telah selamat melahirkan anak perempuan! gembira sgt2 buat akak ni... :) janjinya, jika beliau bersalin ketika saya masih di Seremban, saya akan pergi melawat... tetapi sayangnya, saya telah berada di batu pahat ketika itu... apa pun, tahniah akak! kesabaran akak dan suami selama ini telah dibalas Allah dgn anugerah yg amat bernilai! (",)

2) alhamdulillah, saya telah berada di Batu Pahat sekarang utk meneruskan perjuangan dalam pengajian perubatan ini bagi semester 10. syukur kerana Allah telah memberikan kpd saya nikmat lulus EOS 9 exam. moga Allah memberkati kedatangan ke batu Pahat ini dan memudahkan urusan saya dan rakan2 di sini... dan tak lupa, rakan2 di Seremban juga.. insyaAllah

3) dan alhamdulillah, cuti raya kali ini membawa seribu satu makna buat diri saya... :) wpun dalam hari2 yg berlalu, 2-3 kali hantar kereta ke workshop, dan membawa peristiwa tak diingini di kemudian hari, tetapi diharapkan cuti raya ini akan membawa kelainan buat ramadhan dan raya saya pada tahun hadapan... :D insyaAllah, jika ALLAH panjangkan umur utk bertemu lagi dengan ramadhan 1431H!

4) alhamdulillah juga, sahabat2ku, NOR ASHIKIN ABIDIN dan ALI TAYYIB AZIZAN telah selamat diijabkabulkan pada 3 Syawal 1430H. congratulations! walaupun berita ini diketahui agak lewat, tetapi saya gembira kerana akhirnya, segala rintangan dpt ditempuhi.. :D -jujurnya shikin, memang agak sedih kerana kegembiraan yang dirasai, agak lewat... bukannya sebelum atau pada hari kalian diijabkabulkan... tetapi takpela...azi tetap gembira untuk shikin kerana berjaya tekadkan hati dgn keputusan yang dibuat! :) - akhirnya, tekaan semua org yg kata shikin akan kahwin dulu sudah menjadi realiti.. :p

Barakallahu lakuma, wa barak ‘alaikuma wa jam’a bainakuma fil khair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa’ul islam wal muslimin

Tuesday, September 15, 2009

doa di akhir ramadhan

.
hari ini, saya membaca bingkisan ukhti asma' di notes @ facebook...

tentang tazkirah yg didengarnya antara terawih...

iaitu tentang berdoa!

kata ukhti asma', brother pentazkirah berpesan di akhir ramadhan ni byk2 la berdoa...

kerana selepas ayat al-quran yg menyeru umat islam berpuasa, ada menyebut tentang berdoa..

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku,maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu."
.
[Al-Baqarah, 2 :186]

dan sungguh indah tazkirah ini... :) walaupun kebanyakan muslim mengetahui bahawa doa itu adalah senjata org2 mukmin, tetapi, apabila diingatkan sebegini, pasti, kebanyakan daripada kita akan rasa lebih teruja utk memperbanyakkan doa.. lagi2, apabila peringatan ini disertakan dengan dalil Al-Quran... :) in addition, manusia ini sering lupa... kerana itu, peringatan itu perlu! sebagaimana Allah mengingatkan di dalam surah al-'asr,103 :1-3 bahawasanya manusia itu dalam kerugian, kecuali org2 yg beriman yang mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati...

jadi, berdoalah! jangan sia-siakan ramadhan yang bakal tiba ke penghujung ni...

moga doa-doa kita diterima Allah SWT

ya Allah, moga Engkau permudahkan urusan kami.. ameen


nota: jzkk to ukthi asma' atas perkongsian tazkirah ini... :) selamat menyambut hari raya di perantauan!

Saturday, August 29, 2009

Niat

Alhamdulillah... Allah mudahkan urusan. :)

akhirnya fridge dan washing machine berjaya dikeluarkan daripada rumah blossom ni...

jakamullahu khairan kathira kepada cik non dan kak sima yang menolong mengangkut barang2 ini... :D sesungguhnya wanita2 ISMA ni mmg kuat! :D

pelbagai rintangan sebenarnya dalam usaha untuk 'clear'kan barang2 di dalam rumah ni.. sampaikan, pagi tadi, di saat2 akhir mencari secondhand dealer mengundang sakit kepala, gejala x larat berfikir dan penat... kami bertemu satu kedai 'beli dan jual', tetapi harga yang ditawarkan sebenarnya agak rendah... tetapi x kisah la... cuma masalahnya, mereka x dapat datang pada hari ini juga... tetapi alhamdulillah, di kala fikiran azi and farah buntu xde plan B (plan A adalah jual kpd 2ndhand dealer) Allah beri ilham utk contact cik non... difikir2kan, drp x dapat jual, mungkin ada baiknya tinggalkan aje di pejabat ISMA Seremban untuk kegunaan ramai...

dan cik non setuju, dan katanya nanti akan datang dengan 4WD kak sima.. dan alhamdulillah, apabila niat drp nak jual ditukar kepada menderma, Allah mudahkan urusan... kebetulan, kak sima mencari mesin basuh, dan cik non katanya nak replace fridge kliniknya yang hampir rosak. jadi akhirnya, brg2 ini terjual juga... alhamdulillah!

sesungguhnya pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ni... innama a'malubinniat.. wainnama likullimri immanawa... ! sesungguhnya segala amalan dengan niat.. dan sesungguhnya untuk setiap orang apa yang diniatkan.. :D

insyaAllah, betul niat kita, Allah mudahkan urusan kita... baik niat kita, Allah bantu kita.. :) insyaAllah, jika setiap yang kita lakukan itu diniatkan hanya untuk Allah dan rasulNya, Allah menjanjikan ganjaran syurga buat kita...

jadi...ingatlah! niat itu penting! dan Allah mengetahui isi hati hamba2Nya... walaupun niat itu hanyalah terdetik di hati kita, Allah yang Maha Esa tahu! moga kita sentiasa bermuhasabah diri, menilai kembali niat amalan kita agar kita dapat memperbaiki diri menjadi insan yang diredhaiNya...

salam ramadhan buat semua!
.
note: azi is moving to batu pahat for another chapter of life as a medical student...

Wednesday, August 12, 2009

MEQ - done! :)

.
assalamu'alaikum wbt

dah lama x update blog.. :p

ketika ini, saya baru aje habis satu paper exam, MEQ... insyaAllah, dua lagi menanti.. OSPE on this friday dan OSCE next thursday..

ermm..salah satu soalan yang keluar hari ini, adalah tentang diabetic foot ulcer, in which the management involves amputation.. in layman term, potong kaki..

ketika jawab soalan tu, terbayang2 ayah di rumah... walaupun kaki ayah terpaksa di amputate bukan lah kerana kencing manis, tetapi pengalaman dalam membuat decision tu lebih kurang sama... cuma, mungkin bagi ayah, his condition was very sudden, tiba2 aje dapat acute ischaemic limb, and i'm very sure, ayah tak pernah pun imagine dirinya tidak berkaki... tidak spt pesakit2 kencing manis yang ada foot ulcers, mereka mungkin sudah sedia maklum akan akibatnya...

tetapi, inilah dugaan yang perlu dihadapi ayah dan keluarga... dan nikmat yang ALLAH berikan kepada ayah, yang alhamdulillah, recovered from his illnesses at that time.... jika menurut doctors yang merawat, most of them memberitahu saya sekeluarga, prognosis is poor... (as a medical student, im actually aware of my dad's overall condition, in view of multiple admissions early this year)

tetapi rahmat daripada ALLAH itu melebihi segala2nya.. :D

dan hari ini, saya realise, nikmat ini bukanlah hanya utk ayah, tetapi peristiwa itu juga merupakan satu nikmat dari ALLAH buat diri saya...

apa yg berlaku kepada ayah, mungkin dan insyaAllah, menjadikan saya seorang medical student yang lebih prihatin... dan insyaAllah, as a future doctor, mungkin saya akan lebih memahami patients kelak... :) ya, bukan senang utk menghadapi kenyataan kaki anda perlu dipotong! jika sebelum ini, i can talk to patients and advice patients akan indications, kebaikannya etc.. dan berkata 'saya paham perasaan pakcik, makcik, encik, puan'... tetapi insyaAllah, in future, when i say that, i do and really mean it... "ya, saya mmg faham perasaan anda"

seperti mana sebelum ini apabila di paediatric posting, setiap kali berjumpa dengan patients yang ada congenital heart disease (sakit jantung sejak kecil), saya akan menjadi seorg yang beremosi... paling tidak, air mata saya akan bergenang... kerana saya akan teringat akan arwah kakak....dulu, saya hanya mengetahui arwah ada sakit jantung berlubang.. ~but now i know, the diagnosis was tetralogy of fallot~ terbayang dirinya yang amat kurus dan kebiruan satu badan... dan teringat akan cerita mak ayah tentang susah payah mereka menjaga arwah kakak semasa kecil... dan apabila melihat ibu bapa yang menjaga si kecil di ward, saya mengerti kepenatan mereka, tetapi mereka tidak pernah merungut kerana cinta, kasih dan sayang terhadap anak2 mereka... hurmm... dan ya, itulah berlaku kepada saya di paeds posting apb berjumpa kanak2 dgn penyakit jantung...

sbb itu, cita-cita nak jadi paediatrician sejak zaman sekolah menengah (???) terpaksa dilupakan apabila saya melalui 2 paeds posting, in sem 7 and 9... kerana saya sedar, walaupun saya suka kanak2,tetapi saya tidak dapat merawat mereka... i'll be emotionally involved...
.
nway, for now...

alhamdulillah, bersyukur kerana MEQ telah berlalu... :) penat tangan nih menjawab, dan mental jgk sbnrnya... utk MEQ, usaha sudah, dan sekarang, doa serta tawakkal kepada ALLAH... dan usaha serta usaha lagi utk OSPE dan clinical! :) kerana firman ALLAH, kita dapat apa yang kita usahakan... [an Najm,53 : 39-42] dan dalam berusaha, kita berdoa, agar ALLAH memberkati usaha yang sedikit ini...

moga ALLAH permudahkan urusan ku dan rakan2 dalam EOS ini.. ameen.. :)

Saturday, July 25, 2009

Malam Aspirasi Seni

.



jom ramai-ramai datang! :)
.

nota: Pemidato untuk isu Palestin adalah Prof Madya Dr Zainurrashid Zainuddin... :)

update 1/8/2009: err...now im not too sure, sama ada dr zain akan berpidato atau tidak... (info previously was from ust halim's site) coz latest update from ISMA N9 menamakan mejar nadzri as pemidato.. ~maybe they changed it last min???~ anyway, mejar juga adalah salah seorg consultant AMAN PALESTIN... n beliau juga ialah seorg penceramah yang best! :D