Saturday, April 26, 2008

Gaza semakin parah dihukum Israel

Di Manakah peranan kita???


apa yang boleh kita buat utk membantu mereka??? fikir2kan..!!!

* Sumbangan ke akaun Aman Palestin Berhad:

- Bank Islam Malaysia Bhd :: 12029010047880

- Maybank Malaysia Bhd :: 562263010787

Gaza semakin parah dihukum Israel

BANDAR GAZA 25 April - Tahap kehidupan penduduk-penduduk di Genting Gaza terus bertambah buruk ketika regim Israel bertindak menyekat bekalan bahan bakar dalam apa yang dilihat sebagai satu bentuk hukuman menyeluruh ke atas penduduk awam.

Menurut pertubuhan kemanusiaan, tindakan yang tidak membenarkan bekalan bahan bakar yang secukupnya memasuki Gaza adalah sekatan yang mencabul Konvensyen Geneva.

Agensi Bantuan dan Kerja Awam PBB (UNRWA) berkata, sektor kesihatan Gaza paling teruk terjejas apabila 20 peratus ambulans tidak lagi beroperasi dan 60 peratus lagi mempunyai bahan bakar cukup untuk operasi tidak sampai seminggu.

Pungutan sampah ditelah dihentikan di separuh daripada kawasan perbandaran Gaza manakala loji rawatan air membuang 60,000 meter padu kumbahan tanpa dirawat ke Laut Mediterranean setiap hari, lapor agensi itu.

UNRWA telah menghentikan operasi pengagihan makanan kepada 650,000 penduduk di Genting Gaza semalam apabila tidak lagi mempunyai bekalan bahan bakar untuk menggerakkan trak-trak bantuan.

Jurucakap agensi Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu, Agensi Bantuan dan Kerja Awam PBB (UNRWA), Chris Gunness memberi amaran kekurangan bekalan keperluan di wilayah itu boleh merosakkan proses damai dengan Israel.

"Penduduk yang marah dan kelaparan tidak berminat untuk memajukan proses damai dan mereka juga tidak akan memajukan kepentingan keselamatan Israel," kata beliau.

"Terdapat proses damai yang hendak dijalankan dan masalah seperti ini menyukarkan lagi keadaan," kata Gunness.

Hamas yang menguasai Genting Gaza mencadangkan gencatan senjata enam bulan yang kemudian boleh diperluaskan ke Tebing Barat dengan syarat Israel menarik balik sekatan terhadap Gaza.

Israel menolak cadangan itu sebagai "tidak serius" dengan alasan Hamas terus menyerang Israel dan meningkatkan keupayaan ketenteraannya.

Pegawai PBB itu memberi amaran, kekurangan bahan bakar boleh memburukkan lagi situasi kemanusiaan di Gaza.

Majoriti 1.5 juta penduduk wilayah itu bergantung hidup kepada bantuan sedangkan Israel terus mengenakan sekatan yang bertujuan untuk memaksa pejuang Palestin menghentikan serangan roket ke selatan Israel.

"Jika sekatan berlarutan, akibat yang sangat buruk bakal menimpa rakyat Palestin yang banyak bergantung kepada bantuan UNRWA," kata jurucakap agensi itu di Gaza, Adnan Abu Hasna.

Pegawai PBB berkata, mereka sedang berunding dengan Israel bagi mendapatkan bahan bakar yang sangat diperlukan bagi menyambung semula penghantaran bantuan.

"Setakat ini, tidak ada bahan bakar yang dihantar dan kami tidak tahu sama ada penghantaran akan dibuat," kata seorang pegawai PBB.

No comments: