Tuesday, September 15, 2009

doa di akhir ramadhan

.
hari ini, saya membaca bingkisan ukhti asma' di notes @ facebook...

tentang tazkirah yg didengarnya antara terawih...

iaitu tentang berdoa!

kata ukhti asma', brother pentazkirah berpesan di akhir ramadhan ni byk2 la berdoa...

kerana selepas ayat al-quran yg menyeru umat islam berpuasa, ada menyebut tentang berdoa..

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku,maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu."
.
[Al-Baqarah, 2 :186]

dan sungguh indah tazkirah ini... :) walaupun kebanyakan muslim mengetahui bahawa doa itu adalah senjata org2 mukmin, tetapi, apabila diingatkan sebegini, pasti, kebanyakan daripada kita akan rasa lebih teruja utk memperbanyakkan doa.. lagi2, apabila peringatan ini disertakan dengan dalil Al-Quran... :) in addition, manusia ini sering lupa... kerana itu, peringatan itu perlu! sebagaimana Allah mengingatkan di dalam surah al-'asr,103 :1-3 bahawasanya manusia itu dalam kerugian, kecuali org2 yg beriman yang mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati...

jadi, berdoalah! jangan sia-siakan ramadhan yang bakal tiba ke penghujung ni...

moga doa-doa kita diterima Allah SWT

ya Allah, moga Engkau permudahkan urusan kami.. ameen


nota: jzkk to ukthi asma' atas perkongsian tazkirah ini... :) selamat menyambut hari raya di perantauan!