Saturday, May 31, 2008

Haikal & Nurul

Haikal... crackerz kedua yg mendirikan rumah tangga selepas Ayu a.k.a fadem... :) kedua2nya dr 4-5 Rajin 01-02.. menurut kata2 Hazem, dak2 Rajin sungguh 'laku'... plus, nash (4-5 Rajin jg) pun dah tunang... hohoho.. ermm.. agak2, siapa la kanak2 dr 4-5 Amanah or Taat yg akan jd first utk dirikan masjid??? =P hurrmm...yg dah ada calon tuh, cepat2 la... :D moga dgn akad nikah, hidup ini akan lebih diberkati ALLAH.. (^_^)

Selamat Pengantin Baru buat Haikal dan Nurul..

moga bahagia dunia akhirat...

moga dapat membina rumah tangga yg diredhai ALLAH SWT..

and moga dapat melahirkan anak2 yg soleh dan solehah...

=D


p/s: sesapa yg pg wedding mereka... amacam majlis? ada amik gambar pengantin??? nnt share nyer.. :D

Monday, May 26, 2008

pilihan anda...

What will u do... if u juz came back from buying things at a shop or supermarket or anywhere, and u realised that the cashier juz now didnt count in one stuff... meaning, u pay less than the real amount that u r supposed to pay... that time, u are already at home! and that particular shop is about 7-8 km away from ur house...

hurmm... so, apa tindakan anda???

a) anggap la tu rezeki anda for that day! ~lg2, bukan salah kita, dah terang2 hulurkan kat cashier tu, but the cashier yg x scan kan harganya...~

b) pegi balik tuh that kedai, and pay for the price, on the same day itself.. or plg tidak, if time tuh dh malam, go back later but as soon as u can...

c) takpela... next time jela, bila2 dtg situ lg... ~at least aku ada niat nak byr balik.. huhuhu~

d) or tindakan2 lain...??? hurmm.. apa tuh??


and to make the situation more 'challenging', harga barang tuh hanyalah lbh kurang RM1... hohohoho...

i'm sure many of us experienced this kind of situation... i too had it a few times... tak seperti situation di atas pun, akan ada situasi di mana cashier bg duit balik/change lebih banyak drp yg sepatutnya...


so, what will u do? =D

Friday, May 23, 2008

jom bg testi!

ari nih, cek berita kwn2 di frenster, secara x langsung, azi jumpa satu link yg best! http://nasoha.blogspot.com/... ade disediakan gambar2 yg sesuai utk dijadikan testimonial... so apa lagi... jom bagi testi sambil berdakwah! :D

antara pictures yg disediakan...

Islamik Testimonial


Islamik Testimonial


Islamik Testimonial


Islamik Testimonial


Islamik Testimonial


Islamik Testimonial


Islamik Testimonial


Islamik Testimonial

Wednesday, May 21, 2008

Video Tamrin Wida'

credits to kak alipah for her time spent for this lovely video... :D memori TAMRIN WIDA' di BUKIT CERAKAH, Shah Alam... wpun xde terpahat pun my name or my pic in that video; coz the video only tells bout the 1st day of that tamrin,~in fact, i think 1st activity je..~and i only joined on the 2nd day, tetapi that one day activities that i've gone through remain as unforgetable memories! yg plg precious, ilmu2 yg didapati and jg jalinan ukhwah yg dibina!! hepi dpt join wpun sekejap je! [huhuhu.. masih berharap akan ade lg tamrin seterusnya.. lps nih wat TAMRIN REUNION plak...=D..]

Tuesday, May 20, 2008

jom melabur!

haih... for the second time ilang lg kunci2 umah etc.... :( di seremban! first time dulu, masa awal2 dtg sini, dlm bulan 9 kot... n, second time, today!

Yg sedihnya, keychain utk dua2 kunci2 nih, adalah pemberian org... dulu, keychain nye was an eiffel tower...hilang after almost 2 1/2 years i used it.. mmg sedih! :( skrg, keychain berukiran ka'abah plak hilang... dr tanah 'arab... siap dipahat lg my name atas tuh dlm bahasa jawi... [wpun salah ejaan, tapi tetap dihargai... ehehe.. thanx nyer si pemberi]

ermm..klu la kunci2 kali nih x dijumpai, ~nway, i'm still hoping n praying hard yg kunci tuh adala mana2... maybe di clinic psychiatry??? ameen~ ermm..klu x jumpa, i think this time i'll use my strawberry keychain.. hehehe.. pemberian Khung Ying, my current housemate..

hurmm... itu adalah antara kisah2 musibah and dugaan yg menimpa diriku sepanjang di seremban! but dun worry, i can manage it! insyaALLAH... =D


tapi di sini saya nak mengajak rakan2 sekalian... sudahkah kita menjalankan tanggungjawab sbg seorg manusia? as all of us know, baru2 nih, negara Myanmar dilanda taufan Nargis, and tak lama lepas tu, negara China plak dilanda gempa bumi... huhuhu... ~byk sungguh bencana alam berlaku lately... tanda2 kiamat sudah dekat!~ n tak dilupakan jg, 15th May 2008 ari tuh, adalah genap 60 tahun Nakbah (malapetaka) bg rakyat Palestin....

ermm..jadi.. adakah kita dah buat sesuatu dlm tempoh masa nih??? saya menggesa, walaupun RM 0.10, tapi hulurkanlah bantuan kita bg mangsa2 bencana n kekejaman nih... and bg rakyat2 palestin, selain derma tuh, cubalah kita buat apa yg mmg dah selalu sgt dibincangkan.. cthnya, boikot barang2 ISRAEL! n juz nak share apa yg kawan kita, Farah dah buat... during our 1 week holiday ari tuh, dia ada ckp, she printed out list of brg2 Israel utk diboikot, and nawaitu nye, nak fotostat and bg kat sedara mara satu kg... :D alhamdulillah (baca dgn nada mak adif dlm Dunia Baru tuh.. hehehe) wpun nampak simple, tapi sebenarnya amat besar usaha farah ini di sisi ALLAH.. insyaALLAH... =D

so, apa lagi, jom ramai2 derma... tadi shopping kat Jusco, ada nampak pihak Jusco pun buat fund utk mangsa2 taufan Nargis and gempa bumi nih... =D tak pun, sapa yg ada kredit extra tuh, ikhlaskan niat type DERMA (1-10) ke 32776, utk taufan Nargis, or TABUNG (2,5,10) ke 32776 or 33533 utk Gempa Bumi di China.. :D

jom! kita sesama tambah pelaburan kita utk AHKIRAT!

Friday, May 9, 2008

Alhamdulillah!

[kisah ttg ibu lg... =D]

finally.. exam's over! :D 2 MCQs on last Thursday, and jgk clinical examination which i had it this morning...

and melihat ke depan, tgk buku2, kertas yg bersepah2 di atas tilam... huhuhu... itula keadaan bilik setiap kali nak exam, or di waktu perlu siapkan report..

obstetric posting dah hbs... so after this we'll have a short 1 week break! :D then, left another 2 more postings before final exam... scary huh... ermm.. but itula life as medical student... x sempat nak goyang kaki, dah kena struggle utk next posting... n at the same time, kena study utk final jg...

well, a lot of things happened in obs posting.... best, x best, sedih n of course, gembira! kegembiraan melihat wajah2 baru yg lahir di muka bumi ini... melihat kasih sayang ibu terhadap anak2nya... melihat cinta suami terhadap isteri... (tp farah ada jgk mention:- "geram tol ngan sorg husband nih, xde nak bg semangat lgsg kt isterinya yg tgh sakit bersalin tuh"...hehehe... mmg, cam2 ragam dlm labour room tu)

and jg, di labour room, sy dpt saksikan kesakitan ibu melahirkan anak... ada sesetgh drp ibu, xnk pun lepaskan tangan saya.... lg2, yg husbands mereka xde di situ... and sestgh ibu, apb mereka kesakitan, sy dpt rasakannya apb mereka menggenggam kuat tangan saya.... amat kemas and erat sekali... amat sakit! tetapi, ibu2 ini, terus melupakan kesakitan itu apb mendgr suara baby menangis... apb melihat anak2 mereka... tp x dinafikan, ada segelintir ibu2 yg fobia dgn kesakitan bersalin nih...

hurmm... itu hanyala sbhgn kecil cerita drp obstetric posting... kisah ibu2 yg melahirkan anak.. :D and ntahla... spnjg berada di labour room, sy pandai berkata2 kpd ibu2 nih, memujuk spy tahan dgn kesakitan bersalin tu... dan bersama2 staffs labour room, sy memberi encouragement kpd ibu2 utk berusaha meneran/push baby keluar... dan mmg terfikir la jg, "macam mana la aku nnt???" hohoho.. soalan yg tak dpt dijwb skrg...

tapi pepun, pengajaran yg perlu kita amik is... sayangi dan hormatilah ibu2 anda... spt yg telah disampaikan dlm wahyu ALLAH SWT -->

Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyusunya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri."

[al Ahqaaf, 46:15]

Wednesday, May 7, 2008

Ibuku seorang pembohong

i am supposed to study... coz my exam is tomorrow! huhu.. tp bila baru aja mendpt emel bertajuk 'Ibuku seorang pembohong', buatkan saya nak baca.. ingat nak baca sedikit aje, then continue baca after exam... tetapi ternyata ceritanya berjaya membuatkan saya baca smp habis.. n berjaya menyentuh hati saya.. berjaya membuatkan air mata bergenang...

ikuti ceritanya di bawah ini... [andai kata penulisnya ada membaca ceritanya sendiri di blog saya ini, saya mohon keizinan utk post kan di sini utk tatapan semua and sebagai tazkirah/teladan utk kita semua...=D jzkk]

Ibuku seorang pembohong

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yangberlaku. Ibu saya mmg seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongisaya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satukeluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya.Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata :""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing ditali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikanhasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan ituibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esokpagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum danberkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada llahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya danmenuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANGKEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian sayajuga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan,saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dankeindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh di seberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya..Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajahibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." –PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali. Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya,tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kataitu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

sumber: dari emel seorang kawan...

dan saya percaya, kebanyakkan ibu mmg berwatakkan seperti ini... kan??? mementingkan kepentingan anak2 lebih drp kepentingan dirinya... dan ini termasuklah ibu saya sendiri... :) jadi, hargailah ibu anda!

Friday, May 2, 2008

PEMBINA

ohh tidak... bila melawat website PEMBINA yg katanya baru dilancarkan, ternampak la title 'Lawatan ke N.9'...adalah sekeping gambar di situ... mmg kenal sgt2la setting tempat dlm pic tuh.. huhu.. ada jg muka2 yg dikenali.. :p ana?? ada la menyorok di mana2 kt situ.. hohoho..

pepun, terima kasih PEMBINA N.9 yg selalu sgt buat program... n mengundang pelajar2 IPT di sekitar n.9 nih... :D

ermm... looking forward utk program jaulah PEMBINA nnt... ermm.. insyaAllah, klu xde pe2, ana join.. :D mmg tgh dlm mood utk berjalan nih.. dh lama x berjalan2 rasanya.. =p

btw, boleh tahan jg website PEMBINA nih... wpun baru aje lg... :D jadi, jom la sama2 memanfaatkan website ni... :)

ana akhiri blog kali ni dgn ayat2 dr kitab AL QURAN... ~antara ayat2 yg ana suka =) ~

Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu. Dan barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung. Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya Allah melipat gandakan balasannya kepadamu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyantun.

[at taghaabun: 16-17]