bukan x bersyukur, tetapi melihat keadaan ekonomi semasa, harga minyak patutnya dpt diturunkan sebanyak RM0.30... at least! ini bukanlah hanya my personal view, tetapi pakar2 ekonomi juga berpendapat sedemikian... ermm... baca komen mereka di sini..
saya pada mulanya mmg x kisah sgt pasal harga minyak ini... semasa harga minyak dinaikkan dulu, saya redha.. kerana pada ketika itu saya rasa ia berpatutan, memandangkan harga semasa minyak mentah dunia...
dan saya mmg xdela concern sgt psl harga minyak dunia ini... ia makin naik ke, turun ke, saya xdela 'mencari'... segala info, usually saya 'dapat' drp kiriman email yg memenuhi inbox ataupun drpd bacaan sepintas lalu from newspaper online....
dan satu email ini baru2 ini, (last week i think) yg berjaya menarik perhatian saya.... ia menunjukkan calculation sebenar harga minyak.... katanya, satu barrel of oil, is 159 litre...
dan kiraannya seperti ini:
dahulu: harga minyak satu tong, USD 149
so, convert to RM, nilai pd masa tuh, USD 1=RM 3.25
USD 149 x RM 3.25 / 159 litre= RM 3.046/litre (tolak rm0.30 subsidi drp kerajaan, tinggallah RM2.70)
so obviously it make sense kan...
but sekarang, harga minyak dah turun kpd USD 108-110 (tertanya2 kenapa harga minyak turun??? ermm..kerana ekonomi di US x stabil.... )
jadi kiraannya..
USD 110 x RM 3.42(current rate as of 24th sept 08) /159 litre = RM 2.366 (dan nilai ini belum ditolak subsidi kerajaan yg RM 0.30 tuh)
err... komen??? i dare not to say anything... :) tetapi kata2 drp email tersebut yg sy ingat, "siapa yg bagi subsidi pada siapa nih"??? hurmm...
mungkin saya jenis org yg x kisah... at least i think, selagi saya afford to pay it, i wont make noise... (ini kerana jasa baik kerajaan yg telah menaikkan scholarship kami, tq!) tetapi apb difikirkan ttg org2 di sekeliling, sbnrnya harga minyak yg x berpatutan dgn nilai yg sbnrnya akan membebankan rakyat yg miskin or keluarga yg mempunyai ramai anak etc... x semua org diberi scholarship, x semua org dpt gaji yg mewah dan ramai yg hidup dgn bergantung pada pinjaman... bayaran kereta, umah, kad kredit, tanah etc.....
tgklah skrg, harga tiket nak blk kg pun melambung naik!!!! huhuhuhu.... harga barang runcit kebanyakkannya naik... hurmm... as commented by pakar ekonomi, "penurunan minyak kali ini gagal menangani inflasi"...
mungkin mereka berfikir this RM0.10 as 'duit raya' kepada semua... tetapi sebenarnya tidak.. kerana RM0.10 itu terpaksa digunakan utk membayar duit tepung gandum, minyak masak etc utk hidangan raya nnt yg harganya turut naik....
sbg penutup, saya nak simpulkan... mungkin saya (dan anda jg???) x bersetuju dgn nilai yg diturunkan kali ini... tetapi perlu diingatkan, apapun, kita patut bersyukur... skrg2nya, sediiiikitt, ia mengurangkan beban di bahu kita...
and sahabat2 sekalian, satu perkara lagi, ekonomi kita, masyarakat bukanlah hanya terletak di tangan kerajaan; bergantung kpd subsidi, elaun, pencen kerajaan etc... (wpun kedengaran berita x manis di sana sini, but we have to admit, as a body, (i dont talk as an individual) kerajaan has done a lot for the rakyat!!!) tetapi ia bergantung kpd diri kita jg... kalau lah diri kita pandai menabung, berjimat cermat... kalau lah kita ambil berat dgn keadaan masyarakat - menunaikan tanggungjawab zakat, bersedekah kpd yg memerlukan... insyaAllah, sedikit sebanyak ia dpt meringankan beban kita pada masa hadapan dan saudara2 kita sekalian...
to my muslim frens, di hari2 terakhir ramadhan nih, sama2 lah kita doa, harga minyak akan turun lagi!!! ameen... dan doakan jg, moga ekonomi malaysia akan stabil, dan tahap kemiskinan akan dpt dikurangkan dan kita rakyat Malaysia yg berbilang kaum ini akan hidup aman damai... dan doakan juga saudara2 kita di Palestin dan di tempat2 yg lain yg turut diancam kekejaman, dilindungi ALLAH sentiasa dan moga mereka dpt menyambut ramadhan dan syawal dgn aman... ameen yg rabbal'alamin