Friday, July 17, 2009

Giant

.
subhanallah...

itulah kata2 yg terkeluar drpd mulut saya apb membaca surat khabar berita harian di library hari ini...

berita yang saya maksudkan adalah : Giant buka cawangan patuh etika Islam
.
antara kandungannya:

GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, pemilik pasar raya besar Giant akan membuka cawangan pertamanya yang mematuhi etika Islam di Kota Bharu, Kelantan akhir tahun ini.Pengarah Pemasarannya, Ho Mun Hao, berkata cawangan yang akan dibuka di Kota Bharu Trade Centre (KBTC) itu memberi pengalaman baru kepada GCH Retail. Ini adalah sebuah cawangan yang istimewa bagi Giant. Bagi cawangan ini kami menyediakan laluan membayar dan bilik mencuba pakaian yang berasingan untuk lelaki dan wanita... untuk berita lanjut, klik di link pada tajuk di atas...

ermm... nothing is impossible kan??? :) sebenarnya, sekiranya setiap rakyat Malaysia ingat bahawa Malaysia adalah negara Islam, maka sepatutnya undang2 dan cara hidup, bekerja etc secara automatik akan mengikuti undang2, cara hidup Islam... dan sekiranya Kerajaan ingat bahawa negara ini berstatuskan negara Islam, dan berpegang kepadanya 100% dalam melaksanakan apa jua bentuk undang2 atau mentadbir negara, pastinya tidak mustahil supermarkets yang sebegini rupa juga wujud di semua tempat di dalam negara...

spt di negeri Kelantan, umum mengetahui ia sebuah negeri yang ditadbir oleh kerajaan negeri yang menegakkan status negeri Islam... maka, pelabur, peniaga dan rakyat turut mengikut rentaknya... :) berusaha untuk mendirikan pasaraya yang patuh etika Islam... walaupun pelabur atau peniaganya non-muslim... tetapi mereka menghormati status negeri Islam itu... spt berita di atas, pengarah pemasaran Giant adalah seorang berbangsa Cina...

saya memuji sikap Giant yang prihatin dan menghormati status Islam negeri Kelantan ini... :) alangkah bagus sekiranya ia turut diikuti oleh pasaraya-pasaraya yang lain dan ia turut dilaksanakan di negeri2 lain... kerana sesungguhnya, agama rasmi negara Malaysia adalah ISLAM...

tidak bermaksud sebagai negara Islam, ia mengabaikan penganut agama lain... tidak sama sekali! drpd apa yang saya pelajari, Islam menghormati agama2 lain... seperti mana pada zaman Rasulullah (our prophet Muhammad SAW) ketika kerajaan Islam dibina di Madinah, umat Islam hidup aman damai bersama dgn penganut Yahudi, Nasrani etc... tidak berlakunya pertelingkahan... semua agama menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara...

hurmm..how i wish Malaysia dapat menjadi seperti negara Madinah pada zaman Rasulullah SAW dahulu... :( tetapi sayangnya, kini, ramai rakyat malaysia yang lupa mereka berada di dalam sebuah negara yang agama rasminya Islam... termasuklah mereka yang di kad pengenalannya tertulis mereka beragama Islam... :(

1 comment:

Sharifah Natasha said...

salam alayk.

mohon copy dan paste.