Saturday, August 29, 2009

Niat

Alhamdulillah... Allah mudahkan urusan. :)

akhirnya fridge dan washing machine berjaya dikeluarkan daripada rumah blossom ni...

jakamullahu khairan kathira kepada cik non dan kak sima yang menolong mengangkut barang2 ini... :D sesungguhnya wanita2 ISMA ni mmg kuat! :D

pelbagai rintangan sebenarnya dalam usaha untuk 'clear'kan barang2 di dalam rumah ni.. sampaikan, pagi tadi, di saat2 akhir mencari secondhand dealer mengundang sakit kepala, gejala x larat berfikir dan penat... kami bertemu satu kedai 'beli dan jual', tetapi harga yang ditawarkan sebenarnya agak rendah... tetapi x kisah la... cuma masalahnya, mereka x dapat datang pada hari ini juga... tetapi alhamdulillah, di kala fikiran azi and farah buntu xde plan B (plan A adalah jual kpd 2ndhand dealer) Allah beri ilham utk contact cik non... difikir2kan, drp x dapat jual, mungkin ada baiknya tinggalkan aje di pejabat ISMA Seremban untuk kegunaan ramai...

dan cik non setuju, dan katanya nanti akan datang dengan 4WD kak sima.. dan alhamdulillah, apabila niat drp nak jual ditukar kepada menderma, Allah mudahkan urusan... kebetulan, kak sima mencari mesin basuh, dan cik non katanya nak replace fridge kliniknya yang hampir rosak. jadi akhirnya, brg2 ini terjual juga... alhamdulillah!

sesungguhnya pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ni... innama a'malubinniat.. wainnama likullimri immanawa... ! sesungguhnya segala amalan dengan niat.. dan sesungguhnya untuk setiap orang apa yang diniatkan.. :D

insyaAllah, betul niat kita, Allah mudahkan urusan kita... baik niat kita, Allah bantu kita.. :) insyaAllah, jika setiap yang kita lakukan itu diniatkan hanya untuk Allah dan rasulNya, Allah menjanjikan ganjaran syurga buat kita...

jadi...ingatlah! niat itu penting! dan Allah mengetahui isi hati hamba2Nya... walaupun niat itu hanyalah terdetik di hati kita, Allah yang Maha Esa tahu! moga kita sentiasa bermuhasabah diri, menilai kembali niat amalan kita agar kita dapat memperbaiki diri menjadi insan yang diredhaiNya...

salam ramadhan buat semua!
.
note: azi is moving to batu pahat for another chapter of life as a medical student...

No comments: