Sunday, October 4, 2009

gembira

.
segala puji-pujian ke hadrat Ilahi...

1) rasa bersyukur kerana 1-2 bulan yg lepas, mendapat berita drp seorang pesakit yang saya temui ketika Gynaecology posting, yang telah keguguran sebanyak 4 kali dan pada ketika itu, terpaksa admit ward kerana kencing manis... betapa besarnya dugaan yg Allah bagi kepada akak ni... tetapi alhamdulillah, beliau menyampaikan berita bahawa kandungannya pada ketika itu sudah 30+ weeks.. dan baru2 ini, dalam bulan ramadhan, sekali lagi saya mendapat berita, beliau telah selamat melahirkan anak perempuan! gembira sgt2 buat akak ni... :) janjinya, jika beliau bersalin ketika saya masih di Seremban, saya akan pergi melawat... tetapi sayangnya, saya telah berada di batu pahat ketika itu... apa pun, tahniah akak! kesabaran akak dan suami selama ini telah dibalas Allah dgn anugerah yg amat bernilai! (",)

2) alhamdulillah, saya telah berada di Batu Pahat sekarang utk meneruskan perjuangan dalam pengajian perubatan ini bagi semester 10. syukur kerana Allah telah memberikan kpd saya nikmat lulus EOS 9 exam. moga Allah memberkati kedatangan ke batu Pahat ini dan memudahkan urusan saya dan rakan2 di sini... dan tak lupa, rakan2 di Seremban juga.. insyaAllah

3) dan alhamdulillah, cuti raya kali ini membawa seribu satu makna buat diri saya... :) wpun dalam hari2 yg berlalu, 2-3 kali hantar kereta ke workshop, dan membawa peristiwa tak diingini di kemudian hari, tetapi diharapkan cuti raya ini akan membawa kelainan buat ramadhan dan raya saya pada tahun hadapan... :D insyaAllah, jika ALLAH panjangkan umur utk bertemu lagi dengan ramadhan 1431H!

4) alhamdulillah juga, sahabat2ku, NOR ASHIKIN ABIDIN dan ALI TAYYIB AZIZAN telah selamat diijabkabulkan pada 3 Syawal 1430H. congratulations! walaupun berita ini diketahui agak lewat, tetapi saya gembira kerana akhirnya, segala rintangan dpt ditempuhi.. :D -jujurnya shikin, memang agak sedih kerana kegembiraan yang dirasai, agak lewat... bukannya sebelum atau pada hari kalian diijabkabulkan... tetapi takpela...azi tetap gembira untuk shikin kerana berjaya tekadkan hati dgn keputusan yang dibuat! :) - akhirnya, tekaan semua org yg kata shikin akan kahwin dulu sudah menjadi realiti.. :p

Barakallahu lakuma, wa barak ‘alaikuma wa jam’a bainakuma fil khair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa’ul islam wal muslimin

No comments: