Friday, October 12, 2007

salam aidilfitri!


assalamualaikum wbt..

hari nih, 30 ramadhan 1428H... sedih, ramadhan akan berlalu... :( and itu jg bermaksud, tomorrow is 1 Syawal... hari raya! so, di kesempatan nih, azi nak wish semua muslimin dan muslimat, Salam Aidil fitri!!! moga ALLAH menerima amalan kami dan kamu...(hadis Nabi SAW, sunnah berhari raya) insyaAllah... dan harapnya, kita semua menyambut ramadhan dengan erti kemenangan sebenar di sisi ALLAH... hopefully, kita grad dari universiti ramadhan nih dgn jayanya... insyaALLAH... byk2 la berdoa moga semua yg dah kita lakukan sepanjang ramadhan, diterima ALLAH... dan moga2, kita mendapat 'offer' yg ALLAH beri kpd kita.. rahmat dariNYA, keampunan dari ALLAH SWT, dan juga pembebasan dari api neraka... dan x lupa, harap2nya, bg yg sanggup korbankan tidur di tgh malam, awal2 pagi... moga kita semua telah mendapat malam yg lebih baik drp seribu bulan itu... lailatul qadr!! (",) dan harapannya lah, ia akan berterusan di bulan2 lain... bukan semata2 di bulan ramdhan barakah nih jer... insyaALLAH...

hadis Rasulullah SAW:

"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yg penuh keberkatan di mana telah diwajibkan kpd kamu berpuasa di siang harinya,menjadikan solat terawih sbg sunat di malamnua........ Awalnya adalah kerahmatan, pertengahannya ialah keampunan dan penghujungnya ialah pembebasan daripada api neraka......"

petikan dari [HR Ibnu Khazimah]

insyaAllah, azi akan balik kampung jap jer lagi... bas kul 11 nnt.. alhamdulillah, after i went through a hard time looking for the ticket, finally dapat jg... :) klu x, mungkin malam nih baru dpt balik n pagi raya baru sampai rumah... and luckily, dr Loh(family med coordinator) is very understanding... he allowed us to go back today... wpun sebenarnya, in timetable, ada kelas... :D

ok, maaf zahir dan batin... sesiapa yg akan beraya di kemaman, or balik kampung tuh, lalu kemaman, jemput la datang rumah... insyaALLAH, pintu rumah sentiasa terbuka utk sahabat2 sekalian... :D

berhari raya lah dengan suasana yg ala kadar.... dan jangan dilupakan saudara-saudara seislam kita yg kurang bernasib baik... esp yg terpaksa beraya di dlm suasana peperangan... spt di palestin, lebanon, selatan thai etc...

moga kita semua bertemu lagi RAMADHAN di tahun hadapan... insyaALLAH.. ameen....

assalamualaikum wbt...

No comments: