owh.. rupanya my CIMB online access pun dah ter'cancel sekali dgn my ATM card.. isk... nak topup hp online pun x bleh la skrg... :( kena tunggu quite a while jgk nampaknya...
saya masih berstatus "pendatang asing"... still x dapat buat my new IC, memandangkan takde masa nak ke JPN, JPJ, CIMB or BSN... kelas 24-7.. huhu.. tapi pepun, saya akan excusekan diri saya sendiri daripada menghadiri plenary(lecture) esok... (*_*)
sebenarnya nak share bbrp ayat2 al-Quran... utk kita sama2 baca, faham dan amalkan... :) ~actually ayat2 nih diperingatkan oleh yuni on the night sy kena ragut... jazakallah yuni!~
155. Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
156. yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" (#)
157. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk
al baqarah: 155-157
(#):-
- Ertinya: Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali.
- Kalimat ini dinamakan kalimat istirjaa (pernyataan kembali kepada Allah). Disunatkan menyebutnya waktu ditimpa merbahaya baik besar maupun kecil.
pengajaran ayat:
- Allah akan memberi ujian atau cubaan kepada hamba2Nya utk menguji keimanan mereka... bukti: (rujuk al-ankabut:2-3)
- setiap ujian yg ALLAH berikan, berbeza-beza, spt yg disebut dlm ayat 155... jadi apa pun, yang penting kita hendaklah sentiasa bersabar... dan jgn lah bersikap "menyalahkan takdir"... kerana ingatlah, rukun iman ke-6: percaya kpd Qada' dan Qadar..:)
- selalulah mengamalkan kalimat 'istirjaa' nih apb ditimpa musibah... bukannya hanya mengamalkan kalimat nih apb mendengar berita kematian sahaja...
- insyaALLAH,setiap ujian ALLAH itu, ada hikmah2nya... samaada yg zahir atau batin... zahir contohnya kita sm ada dlm masa terdekat atau jauh, akan menyedari ada kebaikan yg menyusuli musibah yg menimpa kita itu... batin? ni yg best- bg sesiapa yg menghadapinya dgn sabar dan mengikut syariatnya, insyaAllah, akan mendapat ganjaran pahala yg tak terhingga dari ALLAH... insyaAllah dan moga, syurga balasannya di akhirat kelak atas sifat sabar itu.(",)
ermm...daripada kitab "asbabun Nuzul", tiada riwayat yg menceritakan kisah ttg ayat2 ini... rasanya ayat2 ni amat jelas dan mudah difahami kan??? :)
ok... itu aje utk hari ni...
disclaimer: pengajaran ayat itu adalah drpd fahaman penulis sdri dgn rujukan dr Tafsir al quran dan jg Asbabun Nuzul jika ada... jika ada yg silap, teguran dialu2kan, dan jika ada penambahan pengajaran2 lain, juga amat2 dialu2kan... esp sesapa yg ada penambahan drp tafsir2 lain spt: ibn kathir, syed qutb, al azhar... :) sama2 kita belajar! :o)
Allahu'alam
1 comment:
tersentuh hati dgn ayat ni masa dgr khutbah di embassy indonesia last summer...
Post a Comment