ari nih 15th December 2007... hari lahir mak saya yg ke 52... puan Rokiah bt Mohamad.
and ari nih, dalam bulan Islam, adalah 5 Zulhijjah 1428H... iaitu hari lahir saya yg ke-23 mengikut tahun Hijrah... :p
azi doakan mak sentiasa sihat wal'afiat dan sentiasa berada di dalam lindungan dan mendapat rahmat daripada Nya dan bahagia selalu... InsyaAllah, azi akan belajar bersungguh-sungguh dan cuba utk menjadi anak yg solehah... moga sedikit kejayaan yg sdg azi usahakan ini, dapat membuatkan mak gembira suatu ari nnt... :)
dan ingatan utk saya dan semua, hari lahir bukanlah disambut kerana menandakan umur kita bertambah lagi satu tahun... dan kita semakin tua... tetapi di dalam Islam, hari lahir sebenarnya dianggap sbg peringatan bahawa umur kita telah kurang satu tahun, dan bermakna satu tahun makin hampir kepada kematian...
ingatlah pesanan nih... ~ apb menyambut hari lahir, sama ada utk diri sdri atau kita ingin 'wish' seseorg, adalah lebih baik kita banyak2kan berdoa, amalan2 kita/org tersebut yg lepas diterima ALLAH dan dosa2 kita/org tersebut diampunkan... dan doakan, moga kita/org tersebut dapat manfaatkan baki umur yg ada... kerana kematian itu satu perkara yg pasti! ALLAH telah tetapkan hari kematian kita ketika kita berada di alam roh lg...~ hadis Rasulullah SAW:
Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim
No comments:
Post a Comment