Friday, April 18, 2008

miracle

setiap kali melihat baby yg baru lahir di ward Obstetric or di labour room, buatkan terdetik di hati saya... "Sempurnanya ciptaan ALLAH SWT..." :D it is a miracle! mcm mana drp hanya drp dua sel, bercantum jadi satu, kemudian lahir menjadi seorg manusia.... dan segala2nya telah diterangkan oleh ALLAH di dlm wahyuNya:

Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur- ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.

[al hajj:5]

Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka? Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.

[ar rum:8]

bersyukurnya saya kerana ALLAH memberi peluang sy utk berada dlm medic field ni... mcm2 ciptaan dan kebesaranNya yg dpt saya pelajari dan hayati... which mmg selari dgn science... :D

bagi non-medic students n yg belum berkahwin or berkahwin tp takde anak, mgkn skrg nih kwn2 still x dpt memahami apa yg sy cuba sampaikan, tp insyaAllah apb kwn2 experience sdri nnt, kwn2 akan merasai keajaiban ini.. :D bg perempuan, insyaAllah ada rezeki n sampai masanya, kita dpt lahirkan anak... merasai sendiri kesakitan yg pernah ibu kita rasa dahulu, di saat melahirkan diri kita... tetapi tabahnya si ibu, tak pernah serik dgn sakitnya dan masih inginkan anak nikmat kurniaan ALLAH ini...

kepada lelaki, apb anda nnt mendirikan rumah tangga, temankanlah isteri anda di bilik bersalin/labour room... saksikan sendiri kesakitan bersalin yg dialami isteri anda dan ibu anda dahulu [moga dgn ini anda tetap sayang dan kasih isteri dan ibu anda] ~this was what i've told my fren, Shan Min this morning... "love ur wife, n ur mom too.."~ dan saksikan sendiri keagungan dan kebesaran ALLAH dgn melihat proses bersalin nih... (sesetgh hospital kerajaan x bg husband temankan kan??? so meh dtg hospital Tuanku Ja'afar, seremban... kt sni husband bleh masuk... hospital rakan suami... ngee...)

note: being in Obstetric posting, i cant go online as frequent as b4... mmg bz.. sorry ye x dpt nk update this site... pepun, doa ana as alwiz, moga shbt2 sentiasa berada dirahmati ALLAH swt.. (",) take care!

No comments: