Thursday, May 7, 2009

insaflah wahai peragut!

.
sedih!

apabila pagi ini, sekali lagi mendengar berita yg diulas oleh juruhebah IKIM, bahawa 2 lagi maut kerana diragut!

tidak puas dgn mendengar, berita ini saya baca sendiri di newspaper berita harian di IMU library tadi, sebelum pulang ke rumah..

dan Berita Harian menyenaraikan kronologi 19 lagi kes lain yg telah berlaku drp akhir 2007 sehingga awal Mei 2009 baru-baru ini (kes ibu mengandung 2 bulan yg juga maut) ermm.. ini kes yg disenaraikan... ia tidak termasuk beribu2 kes yg tidak diwar2kan dlm newspaper...

siapa yg patut disalahkan? adakah wanita2 ini yg tidak berhati2 ketika menunggang motosikal ataupun berjalan, ataupun ketika dihadiri lelaki asing yg berpura2 bertanyakan soalan???

atau pun pihak berkuasa yg tidak dapat melakukan pemantauan sepenuhnya???

pelbagai jawapan dpt diberi... bergantung kepada pendapat masing2.. yg pastinya, tiada siapa yg ingin diragut... dan usaha pihak polis yg baru2 ini menempatkan polis rondaan di bbrp tempat utama, e.g: Bukit Bintang utk memantau kes jenayah menampakkan pihak berkuasa tidak hanya duduk diam...

tetapi soalan2 yg bermain di fikiran saya...

kenapa peragut2 ini memilih jalan utk meragut??? adakah tidak ada jalan lain utk mencari wang? kenapa memilih jalan yg salah ini??? dan kenapa, pada hari ini, peragut2 ini meragut tanpa ada belas kasihan??? sehingga menyebabkan kematian???

tolong lah wahai peragut2 sekalian... Tuhan telah menyediakan alam ini utk MANUSIA! utk kita mencari rezeki dgn cara yg baik... dan pastinya, bg Muslim, kami percaya kpd dosa dan pahala... dan Allah hanya meredhai perkerjaan2 yg HALAL... dunia ini terlalu luas utk kita, manusia... jika betul caranya, pandai mencari peluang, rajin berusaha dan bukan sekadar ingin sesuatu dgn cara senang, insyaAllah, rezeki itu sentiasa ada utk kita... ALLAH telah menyediakan rezeki yg cukup utk semua makhlukNya... rahmat ALLAH itu amat luas!

tolonglah wahai peragut... sesungguhnya, tindakan anda, menyebabkan kami, wanita2 yg sentiasa menjadi mangsa ragut, menjadi FOBIA! seberani mana kami dahulu, tetapi perbuatan anda ini, telah dan mungkin meninggalkan perasaan fobia dan perasaan berwaspada 'yg melampau' kepada sebahagian drp kami.. (or mungkin, boleh saya katakan, kebanyakan!)

tolonglah wahai peragut.. again, perbuatan anda... menyebabkan anak2 kehilangan ibu2nya... benih2 yg sedang membesar di dalam kandungan si ibu meninggal dunia begitu sahaja... hilang nyawa2 yg diharapkan akan membesar menjadi mujahid!

tolonglah wahai peragut! insaf lah! masih tidak terlambat lagi utk anda bertaubat! jangan ditunggu sehingga nyawa tinggal di hujung halkum, baru hendak menyesal... Tuhan itu Maha Pengampun! insaflah... dan berhentilah drp membuat kami, wanita hidup dalam kebimbangan dgn tragedi ragut yg makin menjadi2 ini...

tolonglah! takutlah akan azab Tuhan!


nota:-takziah diucapkan kpd keluarga mangsa ragut.. nway, dalam kesedihan, tetapi gembira juga apb membaca berita mengenai mangsa ragut di KT yg koma sebelum ini telah pulih.. :)

azi: tidak dinafikan, fobia kerana pernah diragut 2 kali... tetapi bersyukur kerana alhamdulillah, azi masih bernyawa di bumi ALLAH ini.. :)

No comments: