Monday, June 29, 2009

berhenti berharap

.
aku sepatutnya bertemu dgn seorang temanku pada petang ini..

seorg teman yg aku kira telah ku anggap seperti saudaraku sendiri, merangkap teman baikku... walaupun usianya muda setahun drpdku... tetapi, keakraban kami telah melenyapkan jurang usia ini...

namun, takdir telah berkata... kami tak dapat berjumpa..

setelah 'penat' merancang, sms diterima, katanya tak dpt nak penuhi janji kerana hal2 yg tidak dielakkan...

insyaAllah, hatiku menerima dgn baik alasan yg diberikan...

tetapi, mungkin kerana ini bukan kali pertama, hatiku sedikit berasa kecewa...

apatah lagi, janji temu ini dibuat setelah puas mencuba utk menghubungi si teman ini sejak 1-2 bulan yg lalu. akhirnya si teman ini berjaya dihubungi minggu lepas dan aku, dgn hati yg gembira, amat2 berharap dapat berjumpa dgn si dia..

si dia amat rapat dgnku... pelbagai cerita dikongsi... lagi2, ketika di zaman sekolah dahulu... dan hingga kini, sekiranya ingin mencari teman utk bercerita sesuatu yg amat personal, si dia adalah antara insan2 yang terlintas di fikiran utk bercerita...

namun, sejak bbrp tahun yg lepas, amat sukar utk diri ini menghubungi si dia... pernah utk sepanjang satu semester ini, si dia langsung tidak dapat dihubungi.. call tidak dijawab, sms tak direply... dan ia mengundang kerisauan dan kebimbangan buat diriku...

mujurlah, selepas seketika, si dia dpt dihubungi kembali... :) ku mendengar masalah si dia... aku menerima dengan hati terbuka sebab musabab si dia bersikap demikian... namun yg agak mengecewakan diriku, ia bukanlah yg terakhir... kurasakan, selepas itu, agak sukar utk menghubunginya... :( mmg, kdg2 terasa spt diri ini berputus asa utk berusaha menghubunginya... tetapi, hinggalah hari ini, aku sebenarnya masih tidak pernah give up utk berusaha... namun pastinya, sikap si dia yg kadang2 menyepikan diri itu sentiasa membuatkan diriku risau dgn dirinya... coz obviously, i care soo much about her... ~though i hardly tell people around me i do care about them ~ :p

tetapi, mungkin kerana ikatan ukhuwah antara kami, biasanya kekecewaan itu tidak lama... hanya seketika... dan setiap kali selepas bbrp ketika tidak dpt menghubungi si dia, dan apabila si dia memberi respon to my call or sms, i would be very happy... :)

dan hari ini, setelah segunung harapan diberi, harapan itu hancur berkecai... :( sebenarnya diriku insyaAllah menerima baik reason diberi... mmg amat munasabah... cuma, mungkin kerana sebelum ini, hati ini sudah bbrp kali terasa spt dikecewakan.... pastinya bukannya kerana pembatalan 'dating' hari ini yg menjadi penyebab utama.. dan hari ini, hati ini seolah2 berbisik... 'berhenti lah berharap'

namun, selepas seketika, aku tersedar... si teman ini tidak bersalah! tetapi diri ini lah yg bersalah... apabila difikirkan kembali, baru aku sedar, utk outing kali ini, tidak sedikit pun terlintas di hatiku utk berdoa kpd ALLAH, agar ALLAH pertemukan kami... tidak sedikit pun harapan ini aku sandarkan kepada ALLAH SWT....

astaghfirullah al'azim... rupa2nya, ia adalah salah diriku sendiri... :( jika ketika menuntut ilmu, ward rounds, presentations, exams, naik kenderaan, makan etc aku sandarkan kepada ALLAH, tetapi tidak utk kali ini... huhuhuhu... sombongnya azi! sedangkan, ALLAH lah yg memberi nikmat kepada diri ini, Dia lah yg memegang setiap anggota badan ini dan Dialah yg mengawal pergerakan hamba2Nya... sesungguhnya, kepadaNya diri ini patut berdoa! atau paling tidak, wpun tiada doa yg 'formal', sekurang2nya cukuplah niat di hati utk meletakkan harapan kepadaNya... kerana sesungguhnya, apabila kita memberi harapan kepada manusia, kita akan kecewa... tetapi apabila segala2nya disandarkan kepadaNya, kita tidak akan berasa kecewa insyaAllah..

ya Allah, ampunkanlah dosa hambaMu ini kerana telah melupakan Mu dlm melaksanakan urusan ukhuwahku dgn saudaraku ini!

alhamdulillah... peristiwa hari ini telah memberikan pengajaran yg amat bererti buat diri ku... moga selepas ini, aku tidak lagi lalai dlm menyandarkan setiap perkara yg aku lakukan kepada ALLAH SWT... ameen

nota: teringat cerita seorg ustazah ketika KONWANIS 2009... apabila dicerita ttg dialog si suami isteri... si isteri meminta supaya si suami menyintainya sepenuh jiwa, hingga ke akhir hayat.. dan tahu apa reply si suami??? "janganlah meminta drp abang, kerana abang x pasti sama ada abang dapat memenuhi permintaan itu. tetapi berdoalah kepada ALLAH supaya abang sentiasa menyayangi kamu, kerana sesungguhnya Allah lah yg memegang hati abg ini"

wallahu'alam

Sunday, June 21, 2009

masa

.
pantas sungguh masa berlalu...

sedar tak sedar, esok dah masuk week 4 paediatric posting... meaning, exam week. i'll be having my clinical exam on wednesday, and written exam, as usual, on friday afternoon.

and then, come my last posting for this semester... internal medicine.. apa maksudnya??? final exam dah nak dekat!!!! amat2 perlu untuk motivate kan diri bagi tingkatkan usaha dalam menghadapi exam nih!!! :)

jom motivasi dgn ayat Quran dan Hadis! ^.^

dan katakanlah: Ya Tuhanku! tambahkanlah kepadaku akan ilmu.
[Toha,20:114]
dan maksud hadis;

Barangsiapa yang melalui jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga..
.
.
dan begitu juga bulan2 Islam... tanpa sedar, Jamadil akhir sudah hampir ke penghujung... dan Rejab akan menyusuli... bermakna Ramadhan menghampiri... Bulan Rejab, bulan latihan... sebagai persediaan menghadapi Ramadhan... :)

~err.. sapa yg belum ganti puasa wajib bulan ramadhan last year, cepat2 la ye! :p ~

sesungguhnya tiada siapa antara kita yang mengetahui bilakah ajal akan menjemput kita... kita tidak tahu adakah masih ada esok untuk kita membuat perkara2 yang telah kita lengahkan pada hari ini... kita tidak tahu adakah masih ada masa untuk kita bertaubat jika kita tidak lakukan pada hari ini... adakah kita sempat menunggu waktu tua/bersara kelak untuk kita mula berlumba2 memperbanyakkan ibadah...

jadi, ingin saya berpesan kepada diri sendiri dan pembaca sekalian, lakukanlah sesuatu itu dengan segera... gunakanlah masa dengan sebaiknya... dan seimbangkanlah masa itu untuk dunia dan akhirat... jangan hanya tertumpu kepada dunia, kelak kita yang rugi...

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
[al-Ashr,103:1-3]
.
nota: ibadah bukan terhad kepada solat, puasa atau zikir sahaja.. tetapi setiap perkara yg kita lakukan boleh menjadi ibadah, dengan syarat kita meniatkan setiap yang kita lakukan itu hanyalah kerana ALLAH SWT, untuk mencari keredhaanNya... contohnya, dlm menuntut ilmu, niatkanlah; ilmu itu dipelajari untuk dimanfaatkan di jalan ALLAH, bukannya untuk mendapat pekerjaan yang baik dan seterusnya kehidupan yang mewah... ingatlah ALLAH! dan harap2nya, dengan itu masa kita berlalu dgn ibadah dan mendapat keberkatan daripadaNYA, dan moga kita tidak termasuk di dlm golongan orang2 yang rugi... :)

Friday, June 5, 2009

penat

dah lama x menulis di sini...

alhamdulillah, ana sihat.. tetapi mungkin fizikal sahaja.. mental... kurang sikit..

sekarang ni, rasa amat2 malas nak fikir perkara2 yang x penting atau kurang penting buat masa nih... cuma ada dua benda je yg ada dlm fikiran sekarang... hal2 di rumah esp ayahanda, dan juga study, merely paediatric subject (for now) as well as tanggungjawab as leader utk paeds posting nih...

mmg, right now, i cant even afford to think about end of semester exam.. (EOS) pasal revision ke, past years ke, or study group... walaupun hanya tinggal 67 days lagi from today... dan juga, bila tanya pasal dinner, i simply answer 'rasa x larat nak masak minggu ni'.. even nak makan apa, di mana pun cam malas nak fikir...

before i drove back to seremban on sunday afternoon, i thought everything would be ok... i can live life as usual.. but rupa2nya, tak.. wpun juz before i left HTAA, ayah baru aje discharge from HDW and sent to general ward, but still, i am worried.. hhmm...

actually, i should be worrying coz i havent started the 'real' revision for EOS... but i cant... coz if i were to think bout it, i might get more stressed.. so better not! :)

alhamdulillah, ana muslim.. :) bersyukur dilahirkan dalam keluarga islam, dan diberi hidayah utk mengenaliNya... dan as muslim, i believe, hanya kepadaNya kita berharap, bergantung dan mengadu... bersyukur jg kerana Allah memberikan kwn2 yg baik, org2 di sekeliling yg baik dan alam yg indah utk dinikmati apabila rasa tertekan... :)

hurmm... insyaAllah, i'm going back to kemaman today... naik bas.. wpun melihat sesetengah pemandu bas yg memandu skrg ni, membuatkan rasa takut nak naik bas, tapi terpaksalah naik bas... 1st, sbb penat! baru aje balik drp kemaman/kuantan 4 hari lepas, dan dgn sepanjang minggu lepas berulang alik kman-kuantan... mmg penat! kedua, kancil tu pun penat! dlm dua minggu nih ntah sudah bbrp ribu km ia berjalan!!! mmg nak kena anta servis tuh.. ketiga, my fibula a.k.a tulang kering kaki belah kanan nih dah start suffer from pain (again), after long hours of driving... now, in this one week pun, ada intermittent pain.. :( skrg pun tgh ada pain.. so, bus is the best choice!

k, doakan keselamatan ana di jalan raya! :D

nota: jakallahu khairan katheera kepada semua yg telah mendoakan keselamatan ayah saya selama beliau berada di ICU,HDW dan ketika operation! saudara mara, sahabat2, org2 kampung, jemaah Masjid Geliga (atas solat hajat), warga TNB Kemaman, kawan2 ayah, ikhwah akhwat ISMA Sban etc... syukran jazilan!