assalamu'alaikum wbt
kesian blog ni bersawang... tetapi apakan daya, seperti tiada idea utk menulis.. dan tiada motivasi utk update blog... :(
dan kali ini, tujuan menulis bukanlah utk berkongsi cerita, tazkirah atau motivasi...
tetapi sekadar ingin memohon maaf kepada teman2, saudara mara, cikgu2, ustazah dan akhawat sekalian atas keputusan saya untuk deactivate facebook saya...
reason??? pastinya ia adalah kerana kelemahan diri saya sendiri...
memang keputusan utk deactivate facebook ini adalah satu keputusan berani yg telah saya buat, kerana saya tahu, facebook, banyak manfaatnya... dan paling utama, it keeps me in touch dengan rakan2 sekalian... dan tahu aktiviti2 terkini mereka... spt mengetahui baru2 ini berita the senior dan junior KYS yg alhamdulillah dapat menunaikan haji pada usia yang agak muda... dan melalui facebook juga saya mendapat banyak undangan kahwin... atau melihat gambar perkahwinan bagi wedding yang tak dapat saya hadiri...
di facebook juga, saya berkomunikasi dgn cikgu2 kys, ustazah sunway, dan terbaru, anak sepupu saya yang jarang jumpa di dunia nyata, dan alhamdulillah, FB temukan... mmg saya akui, facebook adalah salah satu medium untuk berkomunikasi...
dalam pada itu juga, facebook menjadi medan untuk berkongsi ilmu... sebagaimana kita post link yang bermanfaat, atau sekurang2nya, kata2 motivasi atau tazkirah yg sedikit sebanyak, insyaAllah akan mencuit hati kecil kita... :) dan ingat lagi pada satu ketika dahulu, apabila saya inginkan passwords utk medical/pharmacological journals utk buat assignments, dgn shoutout di facebook, saya mendapat bantuan daripada senior KYS dahulu, yang boleh dikatakan agak lama x berhubung... dua kebaikan dlm satu masa... :D dan antara kebaikan lain, di fb juga, berita mengenai tabung bantuan utk ukhti nabilah telah disebarkan... alhamdulillah.. hrp2nya, by now, jumlah tabung dah meningkat.. amin..
namun, tak dinafikan, facebook juga mendatangkan keburukan... paling obvious, jika tak dikawal, facebook tanpa sedar, akan membuang masa... dan mungkin, jika terlalu banyak info mengenai diri di'public'kan, ia juga dapat mendatangkan kesan buruk...
hurmm..sudah agak lama saya dengan facebook, di kala orang lain masih tertumpu pada friendster.. dan pada ketika itu, facebook bagi saya hanyalah sebagai satu page sampingan... main2 baling air kat fiqah, sheau yng, antar gift and hatching eggs kat ana, izzah, che mie... mereka ni la antara kawan2 plg awal di facebook... haih.. kenangan.. :p
tetapi kini fungsi facebook makin menyerlah.. sampaikan our current PM pun guna fb untuk berinteraksi dgn rakyat... dan kebanyakan rancangan di tv juga menggunakan fb utk kumpulkan fan rancangan masing2... dan pelbagai2 lagi...
tetapi... bagi diri saya yang lemah ini, buat masa sekarang, adalah terbaik untuk saya deactivate FB... insyaAllah sementara sahaja... sehingga satu masa yang saya sendiri tak tahu... but insyaAllah, i'll be back.. :D
lagi2 kerana hari2 yang dilalui sejak kebelakangan ini, disulami dengan stress, rasa depress dan perkataan2 yang sewaktu dgnnya... :p dan dijangkakan, my stress level akan turun naik sehinggalah tamatnya final exam sem 10..
dgn itu, maaf buat rakan2, terutamanya yang hampir dgn saya, kerana gambar2 yg telah diupload, tag etc hilang drpd pandangan.. post di wall yang kwn2 suka tak lagi menghiasi dinding anda dan mcm2 lagi... saya minta maaf banyak2...
dan terima kasih buat rakan2, di kala saya stress ini, ada yang memberi kata2 semangat... mmg rindu sangat2 kpd sahabat2 yang sentiasa mengingati..
dan maaf, buat rakan2 yg berada di sekeliling juga, kerana saya depress, anda juga terasa kesannya dan turut rasa depress sbb sahabat2 anda depress.. huhuhu... insyaAllah, saya sedaya upaya mengelak drp kesan ini dirasai oleh kawan2... maaf sangat2...
apapun, saya hanyalah hamba Allah yang tak lari drp melakukan kesilapan... dan saya tak sebaik mana... tahap kesabaran, tolak ansur etc ada limit nya juga... dan sbnrnya, dari masa ke masa, makin byk dirasai kelemahan yg ada pada diri ni... :( tetapi insyaAllah, dalam menempuhi kehidupan seharian, saya berusaha supaya saya tak menyusahkan org di sekeliling selagi mana saya mampu utk melakukannya sendiri dgn mengharapkan pertolongan dari Allah semata2, dan insyaAllah saya cuba menjaga hati semua pihak, tetapi pastinya, kata org, kita x mampu untuk puaskan hati semua org... :(
sekali lagi, saya minta maaf pada semua orang... saya tak tahu bila ajal saya, mana tahu bbrp minit lagi, esok, lusa... takut tak sempat minta maaf... dan kdg2, saya mungkin tak sedar saya buat silap atau telah menyakiti hati orang... jadi, saya minta maaf byk2... moga sekurang2nya, dgn termaafnya dosa dgn manusia, ia dapat mengurangkan timbalan dosa di akhirat kelak...
maaf..
ikhlas,
azi razak @ jenab @ aziah
Nur Aziah Razak
note: dan sesungguhnya Allah itu menenangkan hati kita dgn pelbagai cara... dan baru2 ini, dgn terbacanya status milo di ym, sedikit sbyk dapat mengubat hati ini.. alhamdulillah.. thanx Milo... thank you Allah!