Sunday, December 20, 2009

KAP Kg Simpang Enam, BP 2009


alhamdulillah, Projek Kampung Angkat Dec 2009 sudah pun melabuhkan tirainya.. :)

one word: penat!

tetapi alhamdulillah, pelbagai pengalaman yang diperolehi daripada projek ini kali ini... Jika Kampung Angkat Batu Pahat sebelum ini saya hanyalah merupakan 'pelawat' daripada Seremban, tetapi kali ini saya berpeluang untuk berada dalam committee... Pengalaman daripada Kampung Angkat Project (KAP) yang lepas dijadikan panduan... tetapi, sebenarnya, ini kali pertama saya berada di Kampung Simpang Enam... kerana kedua-dua KAP BP yang saya sertai sebelum ini adalah di Kampung Parit Kadir.. dan berada dalam committee, adalah satu cabaran baru buat diri saya..

jika sebelum ini, pengalamannya bertumpukan dengan health screening dan pengalaman bersama-sama dengan orang-orang kampung, tetapi kali ini ia juga melibatkan pengurusan dengan IMU students dan pihak2 lain... dan pastinya, setiap acara, ada masam manisnya... dan dalam menguruskan projek juga, tak dinafikan, kita akan melihat pelbagai kerenah manusia.. jadi apa yang boleh dikatakan; yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan... :)

rasanya, dalam menjalankan tugas, ada juga kekurangan daripada pihak saya... insyaAllah, mana yang kurang, harap2nya dapat mematangkan lagi diri ini dalam pengurusan projek pada masa akan datang...

dan di kesempatan ini, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam projek ini... terutamanya kepada teman2 rapat yang kebanyakannya berada dalam committee, the KAP committee members, IMU students, dan special thanks to orang-orang Kampung... dan tak lupa, jutaan terima kasih buat mak ayah dan adik2 angkat saya.. :)


bersama mak ayah angkat dan adik paling bongsu.. dan juga deena

p/s: more pics, insyaAllah akan diupload kemudian ye... :) atau rasanya boleh aje dilihat di facebook kawan-kawan saya.. :D

No comments: