ISLAM, IMAN DAN IHSAN
"Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam.
Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau.
Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman.
Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.
Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan.
Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.
Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat.
Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.
Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. (hari kiamat)
Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).
Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu."
Hadis riwayat Muslim
kandungan hadis:
1. hadis ini amat jelas maksudnya... di mana ia menceritakan tentang:-
i-apakah Islam???
iaitu sesuatu yg kita dah belajar sejak tadika lg kan??? cuma persoalannya sekarang, adakah kita memahaminya dan melaksanakannya??? rata2 muslim di Malaysia nih, kita mempelajarinya, dan melaksanakannya tanpa mendalami terlebih dahulu maksud2 rukun Islam ini... betul kan??? tp xpe, x terlewat lg... masih bleh belajar... :D cuba kita fahami makna kalimah syahadah itu sendiri... dan, kita tanya pada diri kita, kenapa kita solat??? apa faedah2nya??? kalau la kita solat hanya semata2 nak lepaskan tanggungjawab kita sbg muslim, maka kita dikira msh belum memahaminya... seseorg yg telah memahaminya akan cuba utk memperbaiki ibadah solatnya, cuba melakukan solat2 sunat kerana mereka merasai kenikmatan menunaikan ibadah solat... dan apb seseorg itu merasai kemanisan ibadah solat, dia akan merasai bahawa solat ini ada 1001 mcm kebaikan... antaranya, solat itu adalah doa! solat itu adalah sbg tanda ketaatan kita kpd Sang Pencipta... dan jgk, solat itu adalah satu bentuk exercise! begitu jg ibadat puasa, zakat dan haji... ada kebaikannya..
ii- apakah Iman???
ini pun kita telah pelajarinya sejak masuk pre-school lagi kan??? skali lg, adakah kita benar2 memahaminya???? ermmm... klu belum, ambil la masa utk mempelajari ilmu ini.. x rugi.. (sy sdri pun masih cuba sedaya upaya utk menambah ilmu dlm memahami ilmu2 ini.... :D) cth yg bleh kita buat??? ermm... mempelajari ilmu2 al-quran... dah khatam 7-8 kali, pekata kali nih baca tafsir plak n fahamkan n once dah faham, apply dlm kehidupan seharian... jom kita sama2 jadi generasi al-quran yg unik!!!! :D
2. ermm..then, hadis nih jg ada menyentuh ttg ihsan! ihsan maksudnya ikhlas dan tekun.. dan apb kita memahami mksd ihsan nih, kita melakukan ibadah seolah2 kita melihat ALLAH.. atau tak pun, kita akan ikhlas dlm menunaikan ibadah kerana kita tahu, ALLAH itu melihat kita!
3. dan yg terakhir... tiada sesiapa yg mengetahui bila akan terjadinya kiamat! tetapi berdasarkan hadis ini, kita mesti aware kan, kiamat itu amat dekat dgn kita skrg.. telah berlaku tanda2 kiamat yg disebutkan oleh Rasulullah SAW... ibu menjadi 'org gaji' anak2nya sendiri...dan ramai aje org berebut utk mendapatkan harta dunia... huhuhuhu
jadi mesej yg bleh diambil???
jom la sama2 kita muhasabah diri kita... x lama dah masa yg kita ada.. bila2 masa aje ajal akan dtg menjemput... klu masih x faham erti sebenar rukun islam dan iman, sama2 la kita belajar utk memahami... faham di sini bermaksud kita faham as a whole! :)
ok... juz satu peringatan utk diri sendiri dan sahabat2....
Allahu'alam
1 comment:
Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my site, it is about the CresceNet, I hope you enjoy. The address is http://www.provedorcrescenet.com . A hug.
Post a Comment