Wednesday, January 23, 2008

jom doakan utk saudara2 di Palestin!!!


ish..nape Israel kejam sgt2???

kenapa mereka sungguh TAK BERPERIKEMANUSIAAN langsung???

kenapa dan kenapa?????

btw sejak Jumaat lalu Israel telah menutup pintu masuk ke WILAYAH GAZA, PALESTIN sehingga menyebabkan 1.5 juta penduduk yang bergantung kepada bantuan luar masih terputus dari dunia luar. Ini adalah berikutan arahan Kabinet Israel yang konon2nya mahu mengekang serangan pejuang. (sungguh pengecut Israel ni kan??? mereka serang Palestin xpe, tapi bila Palestin 'serang' mereka, terus ditutup pintu2 masuk ke Palestin ni.. huhuhu)

jadi, akibat drp sekatan ini, rakyat Palestin kini sedang bergelap, kerana loji janakuasa tunggal yg beroperasi terpaksa ditutup berikutan kehabisan bahan bakar. Kilang-kilang roti turut menghentikan operasi berikutan ketiadaan bekalan tepung dan tenaga elektrik.

Menurut pegawai Kementerian Kesihatan, Dr. Moaiya Hassanain , tindakan menyekat penghantaran bahan api akan mencetuskan malapetaka kesihatan. kata beliau, “Kami hanya ada pilihan sama ada memotong bekalan elektrik untuk bayi di wad bersalin atau pesakit pembedahan jantung atau menghentikan kerja di bilik bedah.”

huhuhuhu... tidakkah mereka nih kejam??? kerana mereka, kesihatan rakyat Palestin menjadi pertaruhan..dan mereka mungkin terpaksa berlapar kerena kilang2 roti x dpt beroperasi....ish, mmg kejam!!!

ayuh sahabat2, kita doakan agar saudara2 kita di Palestin akan bebas daripada penderitaan mereka ini...!!!!

p/s: anyway, berita terkini drp utusan menyatakan yg sekatan ke atas Gaza ini akan dilonggarkan... harap2nya berita ini benar... ameen.

No comments: