Wednesday, March 19, 2008

KEJAM!

jika satu ketika dahulu saya gunakan word ini utk menggambarkan keKEJAMan tentera2 Israel, tapi hari ini, word ni sekali lagi singgah di fikiran saya...

KEJAM! itulah word yg patut saya gambarkan terhadap seorang insan yang dipanggil 'bapa', tetapi telah merogol anak kandungnya sendiri!

jika sebelum ini saya hanya membaca kisah2 mengenai kanak2 dirogol oleh saudara kandung sendiri di akhbar2, ataupun mendengarnya daripada kaca TV, tetapi hari ini, saya sendiri telah berhadapan dgn seorang mangsa rogol sumbang mahram...

mangsa tersebut hanyalah seorang KANAK-KANAK! hanya berusia DUA TAHUN SETENGAH! tetapi kenapa ayahnya tergamak melakukan perbuatan yg dilaknat ALLAH ini??? sungguh kesian! dan saya berasa amat2 pilu mengenangkan nasib kanak2 ini...

mangsa tersebut adalah salah seorang pesakit di ward Paediatric hari ni... arghh.. alangkah kesiannya... kanak2 ini saya lihat seperti dlm keadaan trauma.. apabila doktor ingin memeriksanya, dia menangis... spt menggambarkan perasaan takut apabila doktor menyentuhnya.. sebelum itu, apabila student nurse ingin mengambil tekanan darahnya, suhu badannya, si kecil ini juga menangis....

apabila menghampiri katil si kecil ini, barula saya faham... kenapa dia menangis apabila disentuh.. kenapa ibunya keberatan untuk menjawab soalan doktor ketika ward round pagi itu,
"nmpk sihat je anak... kenapa dia masuk ward???"

si kecil ini sbnrnya seorg yg ceria, riang dan aktif... petah sekali bercakap... dan pandai mengajuk apa yang saya cakapkan kepadanya.. :) [saya personally sekali lagi cuba mendekatinya selepas ward round, and she accepted me as her fren.. :D ] dan memang, si kecil ini seorang kanak2 yg sungguh comel! tidak patut untuk dicederakan! apatah lagi menyeksa zahir dan batin kanak2 ini..

haih... saya hanya berharap, ayah kepada kanak2 ini akan dihukum dgn sewajarnya... pastinya, hukuman di dunia ini tidak pernah setimpal dengan dosa yang dilakukannya... tetapi insyaALLAH, hukuman ALLAH itu adil dan saksama! selagi si ayah ini tidak bertaubat, tunggu lah wahai manusia, hukuman ALLAH di akhirat kelak!

Dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan (mendapat) balasan yang setimpal dan mereka ditutupi kehinaan. Tidak ada bagi mereka seorang pelindung pun dari (azab) Allah, seakan-akan muka mereka ditutupi dengan kepingan-kepingan malam yang gelap gelita. Mereka itulah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.

[yunus,10: 27]

dan adikku, si kecil yg cantik manis, bersabarlah! dan tabahlah dalam menghadapi cabaran di atas muka bumi ALLAH ini... mungkin engkau masih terlalu kecil untuk memahami liku-liku kehidupan di dunia, tetapi akak harapkan peristiwa hitam di zaman kanak2 mu ini tidak menghalang mu daripada utk terus menghadapi dunia, dan menjalankan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH di muka bumi ini... berusaha untuk mencari KEREDHAAN ALLAH SWT!!! insyaAllah, akak doakan, moga ALLAH akan sentiasa melindungimu... wahai si adik manis!

Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik)

[ar-ra'ad,13:22]

note: pepun, this child's case is still under investigation, both by the medical team and the police... may the truth will be revealed!

titik noktah.

No comments: