Friday, June 27, 2008

bawang dan cili api

venue: Dapur Rumah Tmn Bukit Blossom
time: 620-730pm or 755-820pm

aksi menonton kisah sedih berlaku... kerana bawang merah yg ada di dapur skrg amat la memedihkan mata... menyebabkan air mata keluar tanpa dipinta ketika bawang dihiris-hiris utk ditumis... :)

dan aksi pertandingan bersin dan batuk berlaku antara dua chef, chef amatur azi dr Terengganu dan chef Farah dari Penang kerana cili api yg ada di dlm peti ais skrg amatlah berapi2.. menusuk hidung baunya apabila cili2 api ini dimasukkan dlm minyak panas bersama bawang putih dan merah... =p

dan lately, aksi tumbuk menumbuk bahan2 tumis amat jarang berlaku... kerana chef2 dari dapur Blossom amat la takde perasaan utk menumbuk... ;) dan di kala malas nak menumbuk, terasa aje nak import cik fiqah yg terkenal as si pemasak nasi B1-13-4, dan cik shikin yg dulunya popular dgn si pembasuh periuk nasi B1-13-4, utk memeriahkan dapur... =D dan x lupa, seorg lg warga B1-13-4, cik fiza yg mmg femes ngan title - si pembawa lauk-pauk! yg disandang oleh cik shikin jg... =>

owh... titles ini diberi oleh azi =p kerana mereka adalah insan2 yg predominantly melakukan perkara2 yg dinyatakan, berbanding dgn org2 lain... dan aktiviti masak memasak.... of course la semua org involved! ngan skills and resepi masing2! :D

wahai warga ex-B1-13-4, saya rindu anda semua!! ('.')
~ana uhibbukum fillah!~

fiza, fiqah, azi, shikin, farah
-IMU raya celebration 2006-

hurmm...post yg agak santai... :D

-tetapi, wpun santai...rsnya lebih bermakna diselitkan jg sedikit pengajaran di sini..=) -

jadi jom kita fikirkan, bagaimana cili yg kecil itu dpt menusuk masuk smp ke hidung kita sehingga membuatkan kita bersin??? dan sebenar2nya bersin itu adalah satu mechanism utk airway protection! hurmm... tidakkah kita menyedari betapa hebatnya ciptaan ALLAH SWT??? Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? [ar-Rahman]-

Wednesday, June 25, 2008

RM 1 juta

On the way to hospital this morning... and tetiba terdgr tajuk 'hot chat' hari ini... sukan dan 1 juta ringgit! and from the deejays, ia berkaitan dgn tajuk berita hari ini... "insentif satu juta utk pemenang emas di Olimpik".. wow!

mcm x percaya... tanye farah, memecahkan kesunyian pagi ini... "satu juta sorg ke ape??"

banyak kan??? if i were one of the athletes, after menang emas, then dpt that 1 million, of coz la my best option is utk bersara aje drp sports and duk umah jaga anak2.. =P ~contoh aje yek!~

ntahla... i dunno wut r the logics behind this RM 1M incentive... i do accept the idea and understand the necessary of rewarding a person.. which basically to encourage them to work harder and at the same time, encourage others to work hard too... mmg patut! as this is what we called 'token economy' in psychiatric term... part of behavioural therapy..

tetapi, apabila ia terlalu banyak sgt... i guess this token economy therapy xkan berjaya... like i described juz now la... contohnya the unexist-azi-the-sportwoman akan berhenti drp melempar discus, bermain hockey, or bermain badminton...

if kerajaan really wants to encourage the sportmen/women, why not naikkan up to RM 200k-300k je??? [previously RM 160k] its more than enough.. ~i think! well, ini pendapat seorg yg kurang materialistic~ and the balance RM 700k tuh, bleh la dibahagi2kan kat golongan miskin di Malaysia nih yg masih berlambak lg!!!! bayangkan, klu bagi RM 10k utk golongan ini mulakan business, bercucuk tanam.. rm700k tuh dah bleh diberi kpd 70 keluarga miskin... tak gitu???

azi berkata pada farah..
"haih.. guna duit tuh utk subsidi minyak lg bagus!"

yela... sejak kenaikan minyak nih, mcm2 isu timbul... pengusaha bas teksi complained, lori2 pun komplain, airlines companies pun bersuara...and latest, pengusaha stesen minyak pun complained! ~seb baik diorg x jadi mogok esok.. :D ~ kesan selanjutnya, sesetgh barang2 keperluan pun naik harga... =( dan itu berita2 yg nampak di kaca tv, or di atas surat khabar... yg lain yg kita x nampak???

hurmm... itula kan... azi tak nampak di mana pergi logik akal pihak kerajaan utk menaikkan insentif nih di kala rakyat Malaysia bergelumang dgn isu2 ekonomi...

dan alangkah lagi lagi bagusnya klu mmg betul kerajaan ada extra duit RM berjuta2 nih, diberi pada rakyat Palestin or rakyat Iraq! bantu mereka utk melawan Israel dan so-called-pemimpin Bush itu! at least, duit rakyat drp bayaran segala cukai, rasa amat berbaloi... takpun, tambah lg quota biasiswa utk pelajar Msia... at least, dgn memberi ilmu pada mereka, nnt mereka dpt berkhidmat pada negara! jadi doktor ka, engineer ka or ape2 la yg berguna utk masyarakat! senang hati rakyat!

dan x dinafikan, menjadi pemimpin ini bukanlah satu kerja yg senang... ia tanggungjawab yg besar!!! mereka kena fikirkan perkara ini semua... perlu fikirkan setiap perkara yg mereka buat, mendatangkan manfaat kpd org2 yg berhak... bukannya hanya kpd diri sdri...

~dan teringat saat azi dan rakan2 berada dlm committee Msoc dahulu... sbhagian drp committee members, amat takut nak claim duit minyak, or duit prepaid yg digunakan utk menjayakan sesuatu program... kerana takut dgn amanah yg dipegang... takut klu claim walaupun sedikit aje amountnya, terselit sejumlah duit yg tak digunakan utk tujuan memajukan ummah ketika itu... dan takut sekiranya niat asalnya menerima tanggungjawab ini terpesong, jika terlalu mementingkan kebendaan~

sbb itu, azi percaya, sesiapa yg ingin menjadi pemimpin, mereka perlu bersedia! bersedia utk berkorban tenaga, masa dan wang... imbas kembali kisah sahabat2 dahulu, yg Khalifah2 atau gabenor2 tak terima duit baitulmal... mereka bekerja sendiri utk menyara keluarga.. tak guna duit kerajaan walaupun sbnrnya mereka berhak... owh...kagum sggh dgn sifat2 para sahabat!
~hah..rasanya azi nak buka satu category baru... kisah para sahabat! supaya kita bleh ambil pengajaran drp kisah2 mereka.. iA, doakan ada masa utk berbuat demikian (^,^)~

dan itulah cerita utk hari ini... ia hanyalah my humble opinions towards this current issue... pendapat seseorg yg masih belajar utk survive di dunia yg penuh dgn cabaran dan juga seorg yg cuba mencari keredhaan ALLAH SWT...

ermm...pendapat korg plak camne??? RM 1 juta utk pemenang pingat emas olimpik??? is it really necessary?

-ok, azi hanya bahaskan isu insentif rm 1 juta di sini... isu naikkan duit pencen para atlet, i have no objection at all! afterall, after dah berjasa pada negara, tak salah kerajaan naikkan duit pencen for them to survive dgn keadaan ekonomi skrg.. :D -

p/s: pepun, azi tetap menyokong atlet2 negara... dan azi a bit disappointed sbb team hockey Malaysia x layak ke olimpik tahun ni. =(

Sunday, June 22, 2008

solat Dhuha

"solat Dhuha.. sunnah yg makin dilupakan"

sama ada di'quote' drp mana2 ustaz, ataupun ungkapan ini saya baca drp mana2 artikel...

ntah.. x pasti..

tetapi, saya kat sini, bukanla nk huraikan quote di atas... tetapi nak mengajak kita semua solat dhuha! :D

di pagi minggu nih, sambil bermalas-malasan, apa salahnya rajinkan diri utk beribadah kpd ALLAH...

sebelum tgk cerita cartoon di TV tuh, ataupun sebelum bersiap2 utk keluar shopping... :D ataupun yg keluar di pagi hari utk melakukan riadah, apa salahnya slps membersihkan diri ringankan tulang mengambil wudhu' dan bersolat...

tak susah... 2 raka'at aje minumum nye... and bukannya tiap2 hari buat... saya tau, kalau weekdays kita semua bz dgn kelas, kerja etc... jadi gunakanla peluang dua hari - sabtu ahad ini utk cuba menunaikan dhuha!

beberapa hadis ttg solat dhuha: -

1- hadis Qudsi-

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”

(Riwayat Ahmad)

2- daripada Abu Hurairah katanya:

Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

dan lbh banyak hadis ttg solat dhuha di- alivewire

dan jg artikel ttg solat dhuha di - tp-tazkirah

selamat beramal! (",)

Friday, June 20, 2008

Kg Parit Kadir

Gambar-gambar di Batu Pahat... :D

Hari pertama... ~14 June 2008

Di Pagi hari...
Health Screening

for females...

inilah keje azi...

adik2 yg setia menunggu turn masing2... Health screening for children

with farah..

mesti ambil tahu! kata pharmaniaga.. (main sponsor)
~dah tghari, cuaca pun panas, n muka msg2 pun dah berminyak..hohoho~

Di petang hari...

program utk adik2 sekolah..

latihan dalam kumpulan

Di Malam hari...

special performance from Pharmaniaga

us, C207 representatives with 2 kiddies... -farah, azi, iefa, tuck kit, andre and wan chieh-

Hari Kedua... ~15 June 2008

Awal pagi, ambil gambar kenangan dgn keluarga angkat dulu...-inilah keluarga angkat kami-

cerita behind the scene - mak angkat x muncul2 semasa acara penyerahan acara anak angkat di waktu opening ceremony... tapi, finally, mlm tuh ms malam kebudayaan, mak angkat muncul jua... :D klu tak, jadi 'anak2 terbiarla' kami bertiga... huhuhu~

first event of the day... aerobic :- tgk si farah n iefa! :p

pastu, acara sukaneka... si adik angkat bersungguh2 meniup tepung..

tiup dik tiup!

The Organizers - Sem 10 students with Pharmaniaga and adik2 kg Parit Kadir + a few students from Seremban CS

spot me!

acara tarik tali... wanita2 kg Parit Kadir vs IMU female students

adik2 angkat no 2, 3, 4... fitri, ajim n nabihah

gotong royong masak for lunch... akak2 yg akan grad soon!!! ~angah, kak rin n kak zakiah~





mula2 berlima...








pastu kami di'dera' utk habiskan nasi yg ada..



kesimpulannya --> i enjoyed it very much! yg plg best, i have gained loads and loads of new experiences! :D looking forward for the next overnight kg Angkat project! (",)

Alhamdulillah... =)

p/s: more pictures @ my frenster:- http://profiles.friendster.com/azirazak

Saturday, June 14, 2008

Away..

Berada di Batu Pahat sekarang...
selama 3 hari 2 malam...
untuk Projek Kampung Angkat by IMU...
di kampung yg i myself x ingat namanya...

and this coming Wednesday is my Psychiatry End of Posting Exam..

jadi, apa saya buat di BP nih? (ahaqs)

but i do believe, to be a good doctor, we must not only stay at home and study for coming exam, but do go out and practice our skills! and meet people! to build rapport and learn bout ur patients' life!!! afterall, this is not the final exam.. sbb tu i dare to take the risk! (^_ *)

nway, doakan saya n rakan2 moga pass dlm coming exam ni... :D jzkk!

Thursday, June 12, 2008

Life

Lately, saya rasa, my friends and I byk menyentuh ttg LIFE!

macam2 diperkatakan.... ttg cabaran hidup, ragam dan kerenah pelbagai jenis org... tingkah laku org sekeliling yg kadang2 'mencabar' kewibawaan diri dan macam2 lagi..

tetapi itulah kehidupan....

manusia tidak dapat lari daripada berinteraksi antara satu sama lain...

dan utk terus kekal berada di dalam sesuatu masyarakat itu...

kita kena belajar...

utk menerima orang seadanya..

perlu belajar utk cuba memahami org2 di sekeliling...

perlu belajar utk 'give and take'

perlu belajar utk tidak mementingkan diri...

perlu belajar utk tidak 'berkira' sgt sesama kita...

dan kita perlu ingat...

kita takkan mampu utk memuaskan hati semua org...

kita takkan mampu utk jadi seorg yg 100% sempurna...

kita takkan mampu melaksanakan tanggungjawab yg berat sorg2...

kdg2, kita x mampu utk menyimpan 'stress', emosi dlm diri kita...

dan...

untuk itu...

kita kena terus belajar utk mengenali diri kita...

kita perlu belajar untuk memuhasabah diri...

kita perlu sedar bahawa kita tak berseorangan di dunia ini...

dan yg paling penting... kerana kebanyakan kita percaya kepada agama... jadi kita kena percaya... TUHAN itu sentiasa bersama kita...

andai kata kita rasa amat 'down', ingatlah! Tuhan itu ada untuk mendengar masalah kita...

dan bagi muslim, ingatlah... ALLAH sentiasa mendengar rintihan hati kita... tiada siapa yg lebih dekat dgn kita sebagaimana dekatnya ALLAH dgn kita!
~Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya [50:16]~

dan telah diutuskan rasul2 utk menyampaikan risalah ALLAH... dan tidak dilupakan, utk mengajar kita ttg KEHIDUPAN! sebagaimana rasul terakhir, Nabi Muhammad SAW diutuskan utk mengajar nilai2 kehidupan, dgn menyemai akhlak2 mulia dlm diri manusia...
~ Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. [33:21] ~

dan ingatlah ALLAH bukan hanya ketika susah, tetapi juga ketika senang! sentiasalah bersyukur dgn nikmat2 ALLAH SWT...
[2:172, 14:7, 27:40]

Life.... byk yg dpt diceritakan... byk sgt2! dan ingatlah, life bukan hanya setakat cabaran dunia atau bukan sekadar hubungan dgn org sekeliling... tetapi life juga berkait rapat dgn hubungan kita dgn Tuhan... yakni ALLAH SWT bg org2 muslim...

ingatlah wahyu ALLAH : -

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. [51:56]

insyaAllah, selagi mana iman ada di dada, sebesar mana cabaran atau tugasan yg dihadapi, se'chronic' mana pun masalah kita, kita dapat menempuhinya!
~ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.... [2:286] ~

dan jika sesuatu itu berlaku di luar jangkaan kita, sehingga kita mungkin hampir2 ingin salahkan takdir... ingatlah! sesungguhnya ALLAH nak menguji kita... [29:2-3] dan insyaAllah, yakinlah bahawa di sebalik kejadian itu ada HIKMAH2nya! mungkin kita tak nampak dlm masa terdekat, tetapi pasti suatu ari nnt, wpun mengambil masa bertahun, kita akan menyedari hikmah2nya! =D

ok... sampai sini dahulu coretan ttg hidup... sama2 kita belajar utk terus survive dlm kehidupan dunia ini! dan jgn dilupakan, utk kehidupan di akhirat kelak!!!!

Wednesday, June 11, 2008

mata

:(

it seems like i have to accept the fact that my eyes' sensitivity towards lights is getting worse!

Farah keeps commenting that my eyes were closed in almost every pictures taken...

b4 this, cik Fiqah pun ade bising2... hohoho

kalau dulu, masa secondary school, whenever i made new spectacles, takde plak the optometrist told me that i hv problem ngan 'silau'...

but as far as i could remember, since i went to college, ade aje optometrist mention my mata nih ada sket 'silau'

and the last time i went to make the spec, sampai ada new test that i have to go through utk test 'silau' component nih... but unfortunately, cam x membantu je...

sbb itula... saya tak suka sgt drive mlm2... :D

and kawan2... kalau dah mata saya tertutup lagi dlm gambar2 seterusnya, saya mintak maaf awal2, klu smp merosakkan gambar yg cantik2 tu... huhuhu...

apapun, saya tetap bersyukur! kerana ALLAH bg mata utk melihat alam!!!!! =D

Monday, June 9, 2008

BM

Afwan, ana membuatkan enti menunggu lama untuk saat hari ini”

“Ana akan menjaga enti dengan fikrah ini hingga kita sama-sama menemui Allah swt di akhirat kelak”

-kata2 nih diambil drp blog
Akh Badar.. terusik jiwa ini membaca dialog di atas... saya pasti, dialog ini bukanlah rekaan semata2... tetapi ianya realiti... mmg x dinafikan ramai akhawat yg menunggu penuh sabar akan saat2 utk diijab kabulkan...

dan... mmg menjadi harapan wanita, utk mendapat suami yg soleh, yg dapat menjaga diri mereka utk utuh di jalan ALLAH...

dan menjadi doa wanita, utk mendapat seorg 'zauj' a.k.a suami yg akan bersama2 menemui Allah di akhirat kelak... sama2 mengecapi kebahagiaan dunia dan akhirat...

berada di bawah
ISMA, saya sendiri memerhatikan, organisasi yg mementingkan nilai kekeluargaan ini bergerak... suami isteri kedua2nya, memahami tugas dakwah; dan mereka saling memberi sokongan terhadap tanggungjawab masing-masing.... pada masa yg sama, mereka sama2 bergandingan bahu mendidik jiwa anak2 mereka...

seronok bila melihat adik2 yg masih kecil, dlm range 4-8 tahun sudah pandai mendirikan solat... terpegun mendengar seorg adik berusia 8 tahun, sudah berfikiran spt seorg dewasa... memahami peranan ibu ayahnya... itula keindahan BAITUL MUSLIM!

hurmm... sebenarnya saya tak layak utk membincangkan isu berumah tangga ini... :D tetapi bagi sesiapa yg merasakan diri mereka sudah bersedia, ataupun ingin mencari jawapan samaada anda sudah bersedia atau pun tidak, atau ingin tahu persiapan yg perlu ada sebelum mendirikan rumah tangga... boleh la visit blog akh badar... byk jg entry akh lately yg berkisarkan ttg perkahwinan... mungkin kerana musim org mendirikan masjid skrg nih (cuti sekolah)... (",)

sebelum saya akhiri, sekali lg, saya quote drp blog akh badar... yg membentangkan tajuk " Tegakkanlah RumahTangga Muslim" tulisan MM.... di sini hanyalah points form... huraian di blog akh Badar, entri bertajuk : -
Rumahtangga Muslim Merupakan Risalah - Sudahkah Aku Bersedia?... :D

1.
Pemilihan
2. Beriltizam dengan batas-batas Islam
3. Kebahagiaan RumahTangga Yang Dicita-Citakan
4. Perkahwinan Itu Ibadat
5. Perkahwinan itu Saling Percaya Mempercayai
6. Perkahwinan Sebagai Syarikat Yang Dipimpin oleh Suami
7. Perkahwinan Adalah Tanggungjawab Dan Amanah
8. RumahTangga Muslim Merupakan Risalah
9. RumahTangga Muslim Sebagai Markaz Memancarnya Cahaya

jadi, sudahkan anda bersedia??? :D

----------------------------------------------------------------------------------------

p/s: farah mcm dah wajib dah baca psl isu2 nih k??? :D jadi sila2 la visit blog akh badar.. hihihi.. meh la sama2 doakan utk farah! ;D moga ungkapan di atasla yg akan dinyatakan oleh bakal suami farah nnt... x gitu farah??? =p

Saturday, June 7, 2008

kanak2 dibunuh

sedih apb membaca... "Seorang kanak-kanak perempuan Palestin berusia empat tahun terbunuh dan 10 penduduk cedera dalam serangan udara Israel hari ini.."

paragraph pertama dlm Utusan Online bhgn Luar Negara (070608).. kejam sungguh! dan reason tentera Israel berbuat demikian, adalah kerana nak menyerang balas pejuang2 Palestin yg dikatakan telah menyebabkan seorang penduduk Yahudi terbunuh dalam serangan mortar oleh pihak pejuang Palestin sebelum itu...

Yg terbunuh dalam serangan itu adalah seorg lelaki Yahudi yg berusia 52 tahun... tetapi kenapakah mereka amat kejam sehingga sanggup membalas dendam terhadap KANAK2 PEREMPUAN yg hanya berusia 4 TAHUN??? :(

Islam melarang umatnya membunuh org2 tua, perempuan, kanak2 dan org2 yg berlindung di rumah ibadah... tetapi...rejim Yahudi Zionis ini, sungguh tidak berperikemanusiaan... dan dengan angkuhnya Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert berkata, " Kami sendiri tidak suka dengan pilihan ketenteraan ini tetapi kita tidak takut kepada sesiapa"

Dan isu ini bukanlah isu umat Islam semata-mata... tetapi nilai PERIKEMANUSIAAN a.k.a HUMANITY! sesiapa sahaja di dunia ini, tanpa mengira bangsa dan agama dan dapat berfikir dgn waras, dapat menilai pembunuhan terhadap kanak2 adalah satu kekejaman yg melampau!

moga rejim yg kejam ini akan mendapat balasan setimpal satu hari nnt!

Friday, June 6, 2008

Hari ini..

Sudahkah kita membuat sesuatu utk saudara2 kita di Palestin hari ini?

Adakah kita telah mendoakan mereka dalam doa2 kita hari ini?

Apakah terdetik di hati dan fikiran kita, ttg masalah umat, setiap kali kita membuka mata di pagi hari...???

renung-renungkan.. :D


verse of the day:

..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

[al baqarah:216]

~antara ayat2 favourite juga... and kebetulan, mungkin Allah nak beri petunjuk, baru2 ni, i came across this ayat immediately after i discussed an 'issue' with a friend... sesuatu yg ana harap perkara tu x berlaku pd ana, kerana mgkn hati ana kurang menyukai.. tetapi... ialah.. hanya ALLAH yg tahu... subhanallah! ya Allah, sesungguhnya hanya kepadaMu aku berserah diri! ~

Wednesday, June 4, 2008

harga minyak & hari kiamat.. apa kaitannya???

gembira dan terkejut...

itu perasaan saya ari nih...

gembira kerana when i was talking to yuni tadi, ~she called farah from Tazmania and she spoke to me for a while~ dengar suara si yuni ini dah spt biasa... :D bukan lg mcm 3 bulan yg lepas.. at that time she was only almost a month in Tazmania, and dgr suara yuni masa tuh mmg sgt2 tak bersemangat and sedih aje bunyinya.... hurmm..jadi saya amat happy dgn perubahan ini.. hope she'll alwiz be fine there... :D

terkejut apb mendengar berita ttg kenaikan harga minyak! within these few months baca newspaper, antara yg selalu dibaca - the goverment advised/warned rakyat, jgn buat spekulasi ttg kenaikan harga minyak... kata takkan naik dlm masa yg terdekat nih... and baru je smlm, i read the newspaper and one of the Menteri's said harga minyak only akan naik somewhere in August...

and tetiba ari nih.. while i was driving back from my CFCS patient's house di petang ari, terdengar deejay IKIM buat announcement... "sebentar td PM baru shj mengumumkan kenaikan harga minyak sbyk RM0.78 berkuatkuasa tgh malam nih..." 1st time dgr cam x caya... tp bila dh dgr she mentioned PM sendiri yg umumkan, jd kenala percaya... and cam x logik la plak nak kata fakta tuh x betul... as IKIM is a 'serious' radio station...

tapi pepun.. saya terima aje... tak kisah la... dah bersyukur sgt dah dapat bergerak dr satu tempat ke satu tempat dgn senangnya... tak payah jalan kaki or terkejar2 for public transport.. wpun belanja duit minyak akan naik... tp seb baik duit scholar naik tahun nih... xdela rasa semput sgt... alhamdulillah.. =)

and on the way ke IMU td and blk umah...dah nampak dah kesan pengumuman tersebut... all petrol stations were penuh dgn cars.... panjang tol queue kereta2 tadi... jalan pun jadi jammed.. tempat yg x pernah2 jam pun, jammed sbb ada satu petrol station kat situ... and called rumah td, tau2 ayah pun xde kat umah... kluar pg isi minyak... huhu.. seb baik la mlm smlm ALLAH gerakkan hati saya utk isi minyak-tak tunggu smp ari nih utk isi, jadi xyah la jadi antara salah satu kereta yg berbaris tuh :D

ni status saya di YM mlm nih...

harga minyak nak naik esok => all stesen minyak penuh => traffic jam...:( ~udah nmpk..duit yg akan makin byk mengalir kuar.. huhuhu~

~bukan saya sahaja, tetapi most netters yg di Msia mlm nih letak status ttg harga minyak...-menurut kata seorg kawan~

and daripada status saya nih, buat saya berfikir...

kalau la : manusia tau esok hari akhirat => surau2, masjid2 mesti penuh => malam itu pasti hidup dgn suara2 org mengaji, bertahajud, solat taubat, berdoa etc...

tetapi sudah ditegaskan dalam al Quran dan hadis, hanya ALLAH yg mengetahui bila berlakunya kiamat... dan reason utk itu... supaya manusia sentiasa bersedia... bersedia dan lakukan ibadah dgn bersungguh2, seolah2 hari kiamat adalah esok... bukannya lalai dan menangguh2kan utk melakukan amal ibadat...

jadi, fikir2 kan la... :D