sama ada di'quote' drp mana2 ustaz, ataupun ungkapan ini saya baca drp mana2 artikel...
ntah.. x pasti..
tetapi, saya kat sini, bukanla nk huraikan quote di atas... tetapi nak mengajak kita semua solat dhuha! :D
di pagi minggu nih, sambil bermalas-malasan, apa salahnya rajinkan diri utk beribadah kpd ALLAH...
sebelum tgk cerita cartoon di TV tuh, ataupun sebelum bersiap2 utk keluar shopping... :D ataupun yg keluar di pagi hari utk melakukan riadah, apa salahnya slps membersihkan diri ringankan tulang mengambil wudhu' dan bersolat...
tak susah... 2 raka'at aje minumum nye... and bukannya tiap2 hari buat... saya tau, kalau weekdays kita semua bz dgn kelas, kerja etc... jadi gunakanla peluang dua hari - sabtu ahad ini utk cuba menunaikan dhuha!
beberapa hadis ttg solat dhuha: -
1- hadis Qudsi-
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
2- daripada Abu Hurairah katanya:
Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
dan lbh banyak hadis ttg solat dhuha di- alivewire
dan jg artikel ttg solat dhuha di - tp-tazkirah
selamat beramal! (",)
No comments:
Post a Comment