Tuesday, April 14, 2009

kenapa Gaza diserang?

assalamu'alaikum wbt

Umum mengetahui bahawa pihak Israel telah melancarkan serangan terhadap Rakyat Palestin pada 27 Disember 2008 yg lalu... dan umum sedar bahawa serangan tersebut telah membunuh lebih daripada 1300 penduduk, yg kebanyakannya terdiri drp kanak-kanak, wanita dan orang tua. Rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam menghadapi isu ini. pelbagai tabung diwujudkan utk membantu rakyat Palestin. dan isu BOIKOT BARANG-BARANG ISRAEL ditekankan sekali lagi..

namun, setelah seketika, isu ini kembali lenyap. Rakyat Malaysia sekarang lebih menumpukan fokus kepada politik negara... lebih banyak bercerita tentang pilihanraya2 kecil di beberapa tempat...

dan tidak dinafikan... itulah rakyat malaysia... isu yg timbul hanya hangat utk seketika.. dan lama kelamaan, ia lenyap begitu sahaja... ataupun...adakah ini mmg sifat dan lumrah manusia???

alhamdulillah... IMU Muslim students dapat berkumpul lagi pada petang tadi utk study circle... ~tahniah kpd yg hadir kerana anda berjaya melawan kepenatan seharian di hospital dan di uni, utk bersama2 mencari ilmu :) yg tak hadir, takpe... next time tetap bleh dtg.. =D ~ kali ini, Dr ZZ yg baru pulang daripada trip beliau ke middle east countries, memberi perkongsian... isu yg sama.. tetapi di'update'... diulas dgn cara yg berbeza.... dan manusia memang sifatnya mudah lupa... jadi ulangan bagi isu yg sama bukanlah satu kerugian... tetapi manfaat yg diperolehi dan dpt mengukur, sejauh mana kami 'alert' dgn isu ini dan sebanyak mana info mengenai negara Palestin ini kekal dalam minda...

anyway, di akhir talk, Dr ZZ bertanya, 'mengapa Gaza diserang?'

saya terdiam... kali ini saya tiada jawapan yg pasti... menjawab dgn sekadar bisik2 yg jawapannya hanyalah berdasarkan tekaan diri sendiri...

iya.. tiba2 rasa malu dgn diri sendiri... mengetahui tentang serangan Israel ini terhadap rakyat Palestin, tetapi gagal mengetahui sebab musababnya... sedangkan ia sepatutnya menjadi perkara asas utk memahami sesuatu perkara... spt belajar medic, perlu mengetahui 'pathophysiology atau causes' sesuatu disease itu terlebih dahulu sebelum memahami bagaimana disease tersebut boleh menyebabkan symptoms itu ini...

pastinya, saya tidak cuba utk mengambil tahu... kerana salah satu sebabnya menganggap diri ini konon2nya telah tahu...bahawa Israel mmg mahu mengusir rakyat Palestin drp negara mereka sendiri dan mereka sentiasa akan cuba mencari jalan dan alasan utk menyerang rakyat Palestin...

itu silap saya... kerana tidak cuba mencari 'alasan' yg digunakan kali ini... sebab musabab serangan kali ini... -dan Dr ZZ tidak memberi jwpn kepada kami, memandangkan masa tak cukup dan katanya, insyaAllah dikongsi di lain hari-

dan kerana itu, malam ini, saya mencari sebab musababnya... dan di laman web aman palestin, saya bertemu jawapan... :)

dan di bawah ini adalah antara petikan artikel tersebut... dan sesiapa berminat utk membaca keseluruhan artikel atau artikel2 lain, boleh visit website itu sendiri..

---------------------------------------------------------------------------------------

Awal 2008 menyaksikan siri pembunuhan berterusan oleh rejim Zionis. Dalam tempoh tiga bulan(Jan, Feb dan Mac 2008) seramai 300 orang rakyat Palestin gugur syahid. 112 daripadanya adalah dari Gaza. Pada bulan Jun 2008, bermula perjanjian damai yang ditaja oleh Mesir dengan sokongan FATAH dan Israel. Pihak Zionis bersetuju menghentikan semua bentuk serangan ketenteraan di Gaza selama 6 bulan mengikut yang disepakati oleh pihak Palestin yang bermesyuarat di Kaherah.

18 Disember 2008:

Pihak Mesir dengan sokongan Fatah dan Israel mahu terus menyambung tempoh perjanjian damai namun kerajaan Palestin yang sah di bawah pimpinan HAMAS tidak bersetuju kerana beberapa sebab antaranya:
1) Selama enam bulam tempoh perjanjian damai(Jun – Dis 2008), sekatan ke atas Gaza masih berterusan dan sempadan terus ditutup sedangkan mengikut perjanjian semua sekatan akan dibuka dalam tempoh genjatan.
2) Serangan ke atas penduduk Palestin terus dilancarkan oleh Israel. Ramai rakyat Palestin mati dalam tempoh perjanjian damai tersebut.
3) perjanjian damai tidak menguntungkan rakyat Palestin dan hanya memberi keamanan kepada Israel yang sentiasa mencabuli perjanjian tersebut.
4) perjanjian damai tajaan Mesir dengan sokongan Fatah dan Israel hanyalah satu helah untuk melemahkan kerajaan HAMAS apabila sempadan terus ditutup dan serangan masih dilancarkan ke Gaza dan Tebing Barat.

Pemimpin HAMAS mengumumkan tamatnya perjanjian damai. Keesokan harinya bermula serangan rejim Zionis ke atas Gaza.

27 Disember 2008:
Israel melancarkan serangan udara yang membunuh 229 penduduk Gaza.

28 Disember 2008:
Serangan udara Israel memusnahkan bangunan makmal di Universiti Islam Gaza yang merupakan simbol kerajaan HAMAS.

1 Januari 2009:
Serangan bom Israel membunuh pemimpin kanan HAMAS, Nizar Rayan di Jabalia, Gaza .

2 Januari 2008:
Serangan udara ke atas masjid menyebabkan 11 orang
rakyat Palestin syahid.


lanjutan rentetan peristiwa di amanpalestin.com

moga bermanfaat... :)

TQ Dr ZZ

No comments: